Love At First Impression Dengan Samsung Galaxy Z Flip4
GLAM Malaysia mengumpulkan “first impression” daripada lebih 50 individu di sekitar Kuala Lumpur mengenai Samsung Galaxy Z Flip4 yang terbaharu. Apa kata mereka?
Seperti cinta pandang pertama, Samsung Malaysia sekali lagi membawakan revolusi terkini kepada peminat gajet di Malaysia dengan telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4 terbaharu. GLAM Malaysia telah mendapatkan “first impression” daripada lebih 50 individu di sekitar Kuala Lumpur mengenai Samsung Galaxy Z Flip4 yang terbaharu.

Apakah ‘first impression’ mereka mengenai Samsung Galaxy Z Flip4 terbaharu?
“Warna Samsung Galaxy Z Flip4 yang soft, sangat sesuai untuk wanita.”

Cute dan elegen. Ramai yang menggemari warna Bora Purple yang unik pada Samsung Galaxy Z Flip4. Bukan sahaja tidak terdapat pada telefon pintar yang lain, ia turut membiaskan sisi yang lebih feminin dengan ton pastel yang lebuh lembut dan tidak terlalu bold. Peranti Samsung ini tersedia dalam empat warna yang menarik iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan juga Blue.
“Saiznya yang kompak persis compact powder!”

Sangat Instagramable! Gajet terbaharu ini hadir dalam saiz yang kecil, nipis dan ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Desain flip yang unik ini memudahkan pengguna untuk menyimpan terus ke dalam poket seluar, atau ke dalam tas tangan. Persis sebuah bedak asas kompak, ia sangat praktikal dan good size for small handbags!
“Seperti telefon dulu-dulu, tapi kini lebih futuristik.”

Back to the future! Desain flip yang ada pada peranti terbaharu Samsung ini menjadi tarikan utama lantas memberikan first impression yang cukup positif pada segi rekaan. Ianya futuristik, sleek, sangat fleksibel dan mudah untuk digunakan. Telefon pintar ini juga telah mengimbau memori ketika zaman sekolah kala penggunaa telefon boleh lipat sangat popular pada masa dahulu.
“Hanya ketik butang, anda boleh terus rakam selfie dengan Samsung Galaxy Z Flip4.”

Selfie yang berkualiti tinggi! Jika anda peminat selfie, telefon pintar ini perlu anda miliki kerana dapat memberikan pengalaman swafoto yang terbaik. Walaupun merakam menggunakan skrin paparan hadapan, Samsung Galaxy Z Flip4 menjanjikan kualiti yang terbaik pada foto selfie anda. Teknologi Quick Shot ini akan memberikan kemudahan untuk rakaman potret, swafoto mahupun video dalam apa juga persekitaran. Tidak dilupakan, fungsi FlexCam untuk rakaman OOTD tanpa bantuan tripod.
“Sesuai untuk wanita professional yang sukakan gajet.”

Samsung terus menerajui teknologi telefon pintar masa hadapan. Peranti ini dilengkapkan dengan pelbagai fungsi dan kelebihan yang tersendiri. Kali ini, skrin paparan hadapan hadir dalam saiz yang lebih besar daripada versi sebelum. Sama ada menghadiri Zoom Meeting ataupun menonton filem atau siri kegemaran, ia kekal efisien dan elegan untuk digunakan buat golongan wanita profesional pada hari ini.
Anda boleh tonton videonpenuh “first impression” di bawah:
Baca lebih lanjut: Padu Solekan Pilihan GLAM bersama Samsung Galaxy Z Flip4 Anda
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
