Padu Solekan Pilihan GLAM bersama Samsung Galaxy Z Flip4 Anda - Glam Malaysia
Padu Solekan Pilihan GLAM bersama Samsung Galaxy Z Flip 4 Anda

Padu Solekan Pilihan GLAM bersama Samsung Galaxy Z Flip4 Anda

GLAM tampilkan inspirasi solekan hebat untuk anda yang gemar bersolek dan padukan pula bersama kamera berkualiti tinggi Samsung Galaxy Z Flip4 anda! 

Wanita dan solekan tidak akan pernah berpisah. Jika solekannya cantik, maka serta-merta tangan akan segera mencapai telefon pintar untuk terus berswafoto. Kami juga begitu, lebih bermakna lagi swafoto itu jika kualiti kameranya terbaik. Jika ditanya kami, apakah telefon pintar terkini dan terbaik lebih lagi untuk kemudahan swafoto ini? Jawapannya adalah, Samsung Galaxy Z Flip4, tidak perlu menjengah ke aplikasi lain semata-mata untuk menyunting gambar diri. Sebelum itu, buat anda yang gemar bersolek, kami kongsikan lima inspirasi solekan terbaik bulan ini yang menjadi pilihan GLAM. 

1) Solekan Glamor bak Hailee Steinfeld

Hasil magis tangan jurusolek tersohor, Patrick Ta, menyolek wajah mulus Hailee Steinfeld. Solekan ini bukan sahaja sesuai digayakan untuk ke majlis makan malam atau resepsi keluarga serta teman, anda juga boleh gayakan solekan ini ke apa jua acara liburan kerana solekan ini amatlah elegan, klasik namun masih kekal moden dan glamor. 

See also
Adele Bongkar Punca Perceraian Dalam Album Baharu, 30

2) Solekan Mulus Seperti Taeyeon

Definisi cantik wanita Korea, sudah semestinya, putih gebu, dagu tirus, bibir merah jambu lembut seperti bayi. Seperti Taeyeon, lihat solekannya yang mementingkan hasil solekan gebu. Namun, dia memilih untuk menambah pembayang merah pada pipi secara ketara membuatkan solekannya tampak lebih manis.

3) Fun and fearless bak Rowi Singh

Digital creator popular, Rowi Singh, terkenal dengan solekan ceria bersama mainan warna-warna terang yang jarang digunakan wanita di luar sana. Rowi membuktikan keberanian menyarung rona-rona menyerlah sebagai solekan hariannya. Anda juga boleh menjadi seperti wanita ini. Jika tidak tahu padanan warna apa yang terbaik, stalk sahaja wanita ini! 

4) Monokromatik ala Hailey Bieber

Sebuah lagi solekan glamor yang menjadi pilihan kami iaitu solekan monokromatik yang digayakan Hailey Bieber. Memilih satu rona sebagai rona solekan satu mukanya. Dia memilih burgundy untuk bibir serta solekan matanya. Untuk tampil lebih ekstra, Hailey turut melayang kemilau pada matanya itu. 

See also
Anak Selebriti Hollywood yang Mempunyai Gaya Paling Stail!

Solekan Tampil Berkualiti Dengan Samsung Galaxy Z Flip4

Sudah tentu solekan yang digaya anda ini mahu dipancarkan pada gambar yang terbaik untuk anda simpan sebagai memori, bukan? Dan gambar yang terbaik itu datangnya daripada kamera yang berkualiti tinggi. Tidak semestinya perlu menggunakan kamera DSLR atau kompak untuk mendapatkan kualiti gambar idaman anda, kini telefon pintar juga sudah punya fungsi kamera terbaik. Seperti Samsung Galaxy Z Flip4, anda pasti akan merasai pengalaman yang memuaskan. Mari kami kongsikan perincian terbaik yang dimiliki telefon pintar ini.

Percaya atau tidak, jika anda mengambil gambar menggunakan Samsung Galaxy Z Flip4, gambar yang diambil secara raw begitu sahaja tanpa sebarang suntingan sudah cukup memadai. Ini kerana kualiti kameranya yang bagus dimana kamera belakang menggunakan konfigurasi dwi-kamera 12MP manakala kamera swafoto depannya, 10MP. Dengan adanya cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini, ia mampu membuatkan hasil gambar tampil lebih terang. 

Bukan itu sahaja, teknologi FlexCam adalah fungsi terbaik yang selama ini kami cari dan kami yakin anda juga mahukan fungsi ini dalam telefon pintar anda. Ia mampu merakam gambar daripada pelbagai sisi kamera, sama fungsi seperti penggunaan tripod. Teknologi Quick Shot yang dilengkapkan di dalam telefon ini juga pada kami, antara fungsi yang memudahkan si pengguna. Di mana, anda tidak perlu bersusah payah untuk menekan butang kamera secara manual. Anda hanya perlu menunjuk telapak tangan menghadap kamera bagi mengaktifkan mod self-timer. 

See also
Fesyen Unik Selebriti Luar Negara dan Pelitup Muka

Millie Bobby Brown merupakan pengguna setia telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4

 

Kini anda juga boleh memiliki swafoto terbaik, layari samsung.com/my untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang telefon pintar ini.

 

Pautan Berkaitan: Padu Padan Samsung Galaxy Z Flip4 Dengan OOTD Pilihan Minggu Ini