10 Mac Ini, Sudahkah Anda Bersedia Untuk THE GLORY Part 2?
Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan THE GLORY Part 2 di Netflix bermula 10 Mac ini? Kami juga sudah tidak sabar sama sekali!
Sewaktu musim pertama ditayangkan pada minggu 2 Januari yang lalu, sambutan yang diterima oleh penonton Netflix seluruh dunia amatlah menggalakkan sehingga dinobatkan sebagai siri drama paling bukan Bahasa Inggeris paling banyak ditonton iaitu sehingga mencecah 82.48 juta. Ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan sambungannya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sinopsis THE GLORY
Ia adalah sebuah cerita berkisarkan seorang wanita yang diselami kisah silam, dibuli dengan teruk sekali sehingga menghantui diri wanita ini walau sudah meningkat dewasa. Wanita ini yang bernama Moon Dong-eun (lakonan Song Hye Kyo) bertindak untuk membalas dendam terhadap perbuatan rakan-rakan sekolahnya itu. Rancangan membalas dendam dilakukan dengan cukup tenang dan pelbagai motif dirancang rapi oleh wanita ini.
Dong-eun yang sewaktu remaja hidup miskin bersama ibunya. Dia tidak punya kawan, setelah itu ibunya juga memilih untuk meninggalkan dia. Kehidupan masa lampau yang tidak mungkin dilupakan itu membuatkan dirinya tekad dan ingin memastikan mereka yang membulinya menerima balasan yang setimpal.
Di dalam siri ke dua ini, dilihat seperti akan adanya lagi adegan pertumpahan darah. Selain itu, adegan yang bakal membuatkan kita semua berdebar di mana perancangan Dong-eun untuk mempergunakan anak si pembulinya, Jeon Jae Joon (Park Sung-hoon) dan Park Yeon Jin (Lim Ji-yeon).
Antara watak pembuli yang lain adalah Lee Sa-ra (Kim Hieora), Choi Hye-jeong (Cha Joo-young) dan Son Myeong-o (Kim Gun-woo). Manakala watak yang membantu Dong-eun meneruskan misi balas dendamnya ini adalah Joo Yeo-jeong (Lee Do-Hyun), Kang Hyeon-nam (Yeom Hye-ran dan Ha Do-yeong (Jung Sung-il).
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
