Flock’s Sunday Brunch: Pengalaman Terbaik Oleh W Hotel Kuala Lumpur
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioTerokai Flock’s Sunday Brunch di W Hotel Kuala Lumpur dan alami pengalaman kulinari dengan menu yang pelbagai.
Flock, restoran Pan Asian Grill All Day Dining W Hotel melancarkan Flock’s Sunday Brunch dengan pengalaman kulinari yang , menjanjikan petang yang tenang dan santai buat para pengunjung. Gabungan unik antara budaya tempatan, menghasilkan hidangan yang mempunyai cerita tersendiri, Flock menjemput anda untuk merasai pengalaman kulinari yang unik. Dengan menu yang dirombak menampilkan pelbagai hidangan segar dan lazat yang memenuhi setiap selera anda.
Flock’s Sunday Brunch: Pengalaman Terbaik oleh W Hotel Kuala Lumpur
Daripada pembuka selera kepada hidangan utama yang lazat dan pencuci mulut yang menarik, setiap hidangan disediakan dengan bahan-bahan terbaik, memastikan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan dan menjadikan ini tempat makan tengah hari terbaik di Kuala Lumpur.
Flock’s Sunday Brunch merupakan sesuatu yang digemari bagi mereka yang gemar mendapatkan sarapan yang lewat. Ia dilihat sebagai cara yang ideal untuk memanjakan diri pada pagi Ahad bersama orang tersayang.
Selain itu, Flock’s Sunday Brunch turut menawarkan minuman tanpa had untuk mengiringi hidangan istimewa dan lazat. Lanjutan menu diteruskan sebaik sahaja anda berjalan di Flock, anda akan menemui menu makanan yang dipenuhi dengan hidangan pembuka selera seperti keju, roti, pincho dan salad yang disusun dengan penuh teliti dan berseni.
Menu lain di Flock’s Sunday Brunch ialah pilihan daging dan makanan laut segar tempatan dan yang diperolehi dengan mampan. Tidak ketinggalan juga ialah Aussie Bone yang dehidrasi secara semula jadi dan tidak mengandungi bahan tambahan atau pengawet. Menu wajib yang perlu dicuba juga ialah Kerabu Peppercorn Double Gloucester yang dibuat oleh pembuat keju tempatan. Elemen lain yang perlu diketengahkan ialah gabungan dan penyerapan elemen masakan Barat dan Timur yang digandingkan dengan pelbagai jenis sos.

Tempah untuk Sarapan Tengah Hari Ahad terbaik di Kuala Lumpur dan jadikan ia sebagai perayaan untuk hujung minggu anda yang istimewa. Untuk pertanyaan atau tempahan, anda boleh e-mel ke [email protected] atau hubungi +6012 – 347 9088.
Flock Sunday Brunch
Hari : Hari Ahad minggu pertama dan terakhir setiap bulan.
Waktu : 12.30 tengah hari – 3.00 petang
Lokasi : FLOCK, Level 8, W Kuala Lumpur
Harga : MYR 248+ per
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




