5 Soalan Rambang Bersama Amelia Henderson - Glam Malaysia

5 Soalan Rambang Bersama Amelia Henderson

Amelia Henderson, wanita ‘it’ era ini yang sentiasa menjadi kegemaran kami di GLAM. Ayuh kenali beliau dengan lebih dekat lagi menerusi 5 soalan rambang.

Berasal dari Klang, Selangor, nama sebenarnya ialah Amelia Thripura Henderson. Dia adalah seorang model, pelakon juga pengacara. Sudah mula berkecimpung di dalam industri hiburan semenjak kecil lagi. Namanya sangat tidak asing lagi kini dan menjadi kian popular selepas banyak drama lakonannya menarik perhatian ramai. Antaranya adalah seperti Pengantin Satu Malam juga Rindu Yang Terindah.

Amelia Henderson

Gambar: @ameliath

GLAM pernah beberapa kali menemu bual wanita ini, ternyata beliau adalah seorang yang sangat ramah juga sopan santun orangnya. Bijak menyusun kata dan bertutur dengan sesiapa sahaja yang menyapa. Kehadirannya ternyata memeriahkan suasana dan membuatkan orang sekeliling tampil selesa. Beliau juga kini sedang aktif dalam menerbitkan siri Podcast nya bertajuk “Studio Sembang”. Sering membawa tetamu hebat berborak mengenai kerjaya serta topik penuh inspirasi.

Jom tonton 5 soalan rambang GLAM buat Amelia Henderson

@majalahglam

GLAM bertanya 5 soalan rambang bersama personaliti kegemaran kami, @yes this is amelia 🙄😂 🔥✨ #ameliahenderson #glam #glammalaysia #fyp #foryoupage

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Sumber gambar: Instagram

Pautan Berkaitan: Kenali Amelia Henderson, Dinobat Model Terbaik Negara di Anugerah Festival Model Asia ke-14 (AMFA)