Alasan Penyelidik Menamakan Tumbuhan Sempena Nama Lady Gaga - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Alasan Penyelidik Menamakan Tumbuhan Sempena Nama Lady Gaga

Alasan Penyelidik Menamakan Tumbuhan Sempena Nama Lady Gaga

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pertama, pakis tersebut melibatkan ‘definisi jantina’, sesuatu yang sering diperkatakan secara lantang oleh Gaga antaranya menerusi lagu Born This Way. Dia menjelaskan, “Kami mahu menamakan genus ini sempena nama Lady Gaga kerana sistem pertahanannya yang kuat dari segi kesaksamaan dan ekspresi individu.”

Malah mereka mengakui sering mendengar muzik penyanyi itu ketika sedang bekerja. Pryer menjelaskan, “Kami berasakan album keduanya, Born This Way amat empowering, terutama kepada komuniti terpinggir seperti wanita dan golongan etnik.

Foto: CBS/HASTAC

Antara sebab lain? Pakis tersebut juga kelihatan seperti kostum Armani berbentuk hati yang disarungnya di Grammy 2010. Walaupun Gaga tidak menyarung kostum tersebut ketika membuat persembahan liarnya, namun ia kekal diingati sehingga kini.

Satu lagi alasan adalah kerana turutan DNA tumbuhan tersebut mengandungi huruf GAGA. Malah penyelidik turut memberi penghormatan istimewa kepada penyanyi itu. Satu pakis diberi nama Gaga germanotta (sempena nama akhir penyanyi itu) dan satu lagi digelar Gaga monstraparva, sebutan Latin untuk ‘monster-little’ – gelaran yang diberi Gaga kepada peminatnya.

See also
Filem House Of Gucci Diselar Sebagai Satu Penghinaan

Foto: Interscope Records

Baca: Lady Gaga Is Patricia Reggiani, In Her Upcoming Movie, Gucci