7 Tanda Red Flag Dalam Hubungan Cinta
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSaat bercinta semua indah! Mandi tak basah, tidur tak nyenyak. AWAS! Ketahui 7 tanda Red Flag sebelum anda pergi jauh dalam hubungan cinta.
Siapa yang tidak pernah melalui fasa bercinta? Daripada zaman cinta monyet, cinta mati dan segalanya tentang cinta. Cinta itu buta buat orang lalai dalam kehidupan harian. Ada juga hingga meletakkan keluarga tersayang ke tepi, hanya disebabkan cinta.
Lumrah kehidupan seorang lelaki dan perempuan bertemu bertentang mata, muncul bibit cinta pandang pertama. Di awal perkenalan, segalanya indah! Mandi tak basah, tidur tak lena. Bergayut telefon berjam-jam hingga telinga merahlah orang cakap. Tetapi disebalik keindahan itu, adakah anda semak kemungkinan RED FLAG yang bakal menghantui hidup anda?
7 tanda Red Flag dalam Hubungan Cinta
1. SILENT TREATMENT
Komunikasi yang baik dan open-minded merupakan perkara asas yang diperlukan dalam sesuatu hubungan. Jika berlaku pertengkaran atau konflik akan apa jua situasi dapat diselesaikan dengan baik dan tidak semakin rumit. Namun, jika pasangan anda memiliki Red Flag, ia cenderung memberikan silent treatment sehingga masalah berlarutan lama, tidak ada solusi terbaik dan merebak ke masalah lain.
2. SUKA BERKASAR
Kasar manja itu tidak mengapa! Tetapi harus berwaspada jika menunjukkan tanda kekerasan, baik secara bercakap atau perbuatan. Ia sering terjadi jika pasangan anda tidak boleh mengawal emosinya sehingga bertindak untuk memukul atau caci maki!
3. KAKI CONTROL!
Pasangan yang terlalu posesif selalu akan mengawal hubungan bahkan mengehadkan aktiviti harian yang anda jalani. Contohnya, jika kamu ingin berbuat sesuatu, pasti si dia akan melarang atau hanya boleh melakukan aktiviti bersama dengannya sahaja.
Tidak salah, untuk anda berkongsi segala tentang diri anda tetapi harusnya berpada-pada. Tanda Red Flag ketara apabila di mula meminta password handphone atau akaun media sosial. Jika kelamaan dibiarkan, ia akan mempengaruhi kehidupan anda.
4. BREADCRUMBING
Breadcrumbing adalah salah satu bentuk manipulasi untuk meraih perhatian seseorang. Hampir sama seperti ghosting tetapi breadcrumbing ini lebih kepada tindakan menipu dan memberi seseorang perhatian kecil hanya untuk mendapat daya tarik. Mereka tidak ingin komitmen dan hanya mempergunakan masa dan effort anda! Hati-hati Breadcrumbing di awal perkenalan seperti bertemu Prince Charming, hakikatnya ilusi semata!
5. TIDAK PERCAYA DAN MUDAH CEMBURU
Rasa tidak percaya dan mudah cemburu juga boleh menjadi tanda bahawa pasangan anda memiliki tanda Red Flag. Padahal, rasa cemburu itu normal, ada orang cakap cemburu tanda sayang. Tetapi, jika asyik cemburu tak bertempat atau dengan perkara kecil. Lama-kelamaan hubungan akan menjadi hambar!
6. PERNAH BERLAKU CURANG
Bila pasangan anda pernah memiliki sejarah berlaku curang pada hubungan sebelumnya. Seeloknya, anda berwaspada kerana ada kemungkinan ia berbuat hal yang sama sewaktu bersama anda. Ingat bukan mudah untuk seseorang itu berubah!
7. KAKI MANIPULASI
Tanda Red Flag dalam hubungan yang juga perlu anda hindari adalah pasangan yang memiliki tindakan manipulasi, salah satunya gaslighting. Mereka cenderung memutarbelikkan fakta sehingga membuatkan anda merasa bersalah, bahkan meragukan diri sendiri.
Artikel berkaitan 5 Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri
Artikel Berkaitan
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthal...
Menyusuri Sejarah dan Sulaman Palestin di Muzium Kesenian Is...
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
