Wear Gucci, Eat Gucci. Gucci Osteria merupakan sebuah restoran yang mewah daripada rumah fesyen Gucci, dalam bertemakan konsep experiential museum-retail; berpusat di tengah-tengah kesibukan kota Florence, Italy. Chef Karime López (Chef de Cuisine di Gucci Osteria di Florence) kini berkongsi dua resipi mudah daripada menu restoran ini sendiri. Hidangan bernama Lucky Fennel merupakan sajian pasta linguine dengan krim sayur adas (fennel); dan Pollock juga menggunakan pasta buatan sendiri dengan filling lazat. Menarik tentang sajian Pollock ini kerana bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut cita rasa sendiri. Tentu sekali Chef Karime López memastikan resipi ini mudah untuk dicuba di rumah!
1. LUCKY FENNEL

Photo: Gucci Osteria
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN (UNTUK DUA HIDANGAN):
Sayur Adas untuk Krim – 4
Hirisan Sayur Adas – 2
Udang 2
Sayur Adas Liar (Wild Fennel) – 200 g
Pistachio – 20
Lemon – 1
Minyak Lemon
Minyak Benih – 400 g
Minyak Zaitun Ekstra Virgin
Garam
Linguine (Pasta) – 100 g
PROSEDUR UNTUK KRIM (GRAVY)
Basuh dan potong sayur adas yang kasar, stimkan pada suhu 90ºC selama 2 jam.
Keluarkan sayur adas setelah direbus dan pukul dengan minyak zaitun ekstra virgin dan garam sehingga lembut.
Keluarkan minyak berlebihan dengan penapis chinois untuk mesh krim yang halus.
PROSEDUR UNTUK MINYAK WILD FENNEL
Pukul 400 g minyak biji dengan 200 g adas liar.
Kemudian panaskan minyak dalam periuk dengan suhu 80ºC.
Tapis minyak menggunakan sac à poche dan kemudiannya dengan penapis chinois untuk tekstur mesh lebih halus.
PROSEDUR UNTUK PISTACHIO
Bakar kacang pistachio dalam ketuhar pada suhu 190ºC selama 4 minit.
Lalu pukul pistachio menggunakan mikroplane.
PROSEDUR HIDANGAN
Masak pasta linguine dalam air dan larutan garam selama 5 minit.
Tuangkan linguine dan masukkan ke dalam kuali selama 3 minit, tambah krim adas dan minyak lemon untuk ekstra berkrim.
Tambah perisa adas yang mentah dan halus dengan minyak adas liar.
Tambah perisa pada udang dengan minyak zaitun ekstra virgin, kulit lemon yang dipotong kepada 6 keping.
PLATING
Taburkan pistachio yang diparut pada pinggan, dan letakkan pasta linguine di atas. Masukkan 6 ekor udang, serbuk pistachio lain dan adas halus. Hiaskan hidangan dengan daun adas liar.
2. POLLOCK

Photo: Gucci Osteria
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN (UNTUK DUA HIDANGAN):
Sos Tomato Datterino
Tomato Datterino Kuning – 100g
Minyak Zaitun Ekstra Virgin – 2 Sudu
Bawang Putih Dipotong Secara Kasar (Brunoise) – 5 g
Basil – 2 daun
Garam Halus
Panaskan minyak untuk menggoreng bawang putih dan daun basil, tambah tomato dan masak selama 20 minit, pukul dan tambah garam halus.
Sos Lada Merah
Lada Merah – 100g
Minyak Zaitun Ekstra Virgin – 2 Sudu
Bawang Putih Dipotong Secara Kasar (Brunoise) – 5 g
Daun Laurel – 1
Garam halus
Bakar lada merah tanpa biji selama 40 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah, kupas dan panggangnya dalam kuali dengan sedikit minyak, bawang putih dan daun laurel. Keluarkan daun laurel dan kacau lada sehingga menjadi sos, masukkan garam secukup rasa.
Sos Chard
Sayur Chard – 100g
Air
Garam Halus
Rebus sayur chard dengan teknik blanch selama 2 minit di dalam air masin dan sejuk, menggunakan air sejuk atau ais. Asingkan separuh untuk hidangan dan separuh lagi dipotong dan dicampur dengan air masak sehingga ia menjadi sos. Letakkan garam secukup rasa.
Sos Bechamel
Susu – 250g
Tepung Jagung – 15g
Mentega- 25g
Macis – 2 g
Reneh susu bersama macis untuk mengeluarkan rasa. Secara berasingan, sediakan asas mentega dan tepung jagung, kemudian tuangkan susu tadi, dan pukul sehingga ia menjadi sos, juga letakkan sedikit garam secukup rasa.
Cakera Pasta
Tepung Gluten Free (atau tepung serbaguna) – 100g
Telur – 1
Campurkan tepung dengan telur dan biarkan berehat, sambil ditutup dengan cling wrap selama 30 minit. Tebarkan adunan kepada saiz ketebalan 1 milimeter, dan potong doh ke saiz yang dikehendaki, masak di dalam air masin selama 2 minit.
Inti
Keju Ricotta – 50 g
Potongan Sayur Chard – 50g
Minyak Zaitun Ekstra Virgin – 10g
Garam Halus
Kacau dalam mangkuk dan sajikan secara panas.
PLATING
Masukkan cakera pasta pada pinggan yang bersesuaian, tambah inti dan tutup dengan lapisan cakera pasta yang kedua. Akhirnya, tuang semua sos suam dengan cara yang artistik, gaya Jackson Pollock.
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
