Panji Sakti Berkunjung Ke Malaysia Buat Konsert Pertama

Panji Sakti Berkunjung Ke Malaysia Buat Konsert Pertama

Popular dengan alunan muzikalisasi puisi, penyanyi serta komposer, Panji Sakti, berkunjung ke Malaysia untuk konsert solo pertamanya 9 Disember 2023 ini. 

Bakal mengadakan persembahan di Studio AB, Wisma Ali, Petaling Jaya, ramai-ramai dijemput hadir untuk memeriahkan konsert sulung pertama komposer juga penyanyi yang berasal dari Bandung, Indonesia ini. Panji Sakti, yang terkenal dengan alunan muzik merdu menerusi lagunya “Kepada Noor”, “Jiwaku Sekuntum Bunga Kemboja” dan “Bagaimana Bisa” ini sering kedengaran di laman sosial media bermula tahun ini.

Panji Sakti

Di malam yang bakal mengiringi mood ketenangan anda hari itu nanti, anda bakal diberikan sebuah pengalaman yang lebih bermakna lagi. Panji Sakti mengumumkan yang dia tidak akan berseorangan. Rakan sekumpulannya, Diki (pemain seruling), Mega (Pemain Cello) juga Ammi (Pemain Violin) akan turut sama mengiringi Panji dalam mempersembahkan persembahan penuh impak lagi dramatik.

Tidak ketinggalan selebriti tanah air seperti Amylea Azizan, Mafidz juga Amir Jahari, akan turut serta bagi memeriahkan lagi konsert sulung Panji. Konsert “Panji Sakti: Mengurai Waktu” yang dibawakan oleh Scifi Events, bersama rakan radio rasmi Hotfm dan penaja utama, Ayu Borneo, ini pasti melentur jiwa semua peminat dengan pilihan setlist yang mampu menangkap jiwa para pendengar yang hadir.

See also
Datuk Sheila Majid Tiga Dekad & Tiada Tandingan

Panji Sakti

“Konsert kali ini adalah berbeza, kerana dulu saya buat persembahan di Malaysia bersama teman-teman kumpulan saya, Syuga. Kali ini saya tampil membuat konsert sulung saya sendiri, dengan kerjasama dari pihak penganjur, Scifi Events, pastinya dengan genre yang berbeza, kami akan tampil memberi satu malam yang penuh memori buat semua peminat Panji Sakti”.

Meriahnya kehadiran Panji ke Malaysia dapat dirasakan melalui sokongan daripada barisan artis tempatan yang turut dikongsikan di laman media sosial mereka. Ini kerana, sokongan padu ini juga terjalin adalah kerana sejarah Panji Sakti yang dahulunya sering menulis lagu buat artis tempatan seperti Alif Satar, Aliff Aziz, Jaclyn Victor, Klangit juga ramai lagi.

Bagi anda yang tidak mahu ketinggalan untuk membeli tiket konsert “Panji Sakti: Mengurai Waktu”, tiket sudahpun mula dijual semenjak 30 November yang lalu di laman www.atasangin.com.my dan di www.ticket2u.com.my. Tiket dijual pada harga RM189 (biasa) dan RM130 (harga pelajar), semua di ruangan berdiri.

Jangan lupa untuk sama-sama merawat diri dan halwa telinga dengan mempedengari suara lunak merdu Panji Sakti hujung minggu ini!

See also
5 Fakta Mengenai Kekasih Muda Jared Leto, Model Thet Thinn

Kredit Gambar: @wulandwipra dan @paman_tito