fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Malam 20 Tahun Omega
Natasha Noor, Runway’s Next Big Star
Bintang-Bintang Terkenal Yang Menggunakan Nama Samaran
13 Aktor Tampan Yang Memulakan Kerjaya Sebagai Seorang Model
Sembang Fesyen: Syaiful Baharim
Home > Personaliti > Lady Gaga Is Patricia Reggiani, In Her Upcoming Movie, Gucci

Lady Gaga Is Patricia Reggiani, In Her Upcoming Movie, Gucci

Adakah anda rindu menyaksikan lakonan Lady Gaga di layar perak? Kali terakhir penampilan Lady Gaga dalam bidang lakonan adalah menerusi filem A Star Is Born, menyaksikan Gaga tercolon untuk Anugerah Oscar. Well, Gaga is back! Lady Gaga baru-baru ini khabarnya disunting untuk membawakan watak utama dalam sebuah filem arahan pengarah terkenal Ridley Scott bertujuk Gucci, di mana Gaga bakal membawakan watak Patricia Reggiani.

Gucci merupakan filem yang diadaptasi daripada buku hasil penulisan Sarah Gay Fordens dengan tajuk The House of Gucci: A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour and GreedSo, who is Patricia Reggiani?  

Filem kisah benar berunsur seram jenayah ini mengisahkan tentang Patrizia Reggiani, isteri kepada mogul fesyen Maurizio Gucci sekitar tahun 1995, yang telah disabitkan membunuh Gucci selepas mendapati Mauricio curang dan tidak setia. Patricia didapati bersalah dan disabitkan hukuman penjara selama 18 tahun.

MGM selaku penerbit menyatakan bahawa filem ini bakal memulakan pengambaran tidak lama lagi dan akan ditayangkan pada 24 November 2021 kelak. We can’t wait!