Mengenang Cinta Agung Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
Perkhabaran duka kematian pelakon tempatan yang terkenal di seberang, Ashraf Sinclair nyata mengejutkan semua pihak, apatah lagi buat satu-satunya cinta hati, isterinya Bunga Citra Lestari (BCL). Kehilangan insan tersayang yang nyawanya direntap tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk pergi, pasti bukan mudah untuk sesiapa pun.


Namun, itulah realiti dan takdir yang perlu dihadapi oleh BCL dan anak lelaki mereka. Sebelas tahun berkongsi dunia dan cinta, kini BCL perlu kuat, membesarkan anak tanpa satu-satunya lelaki yang dicintai di sisi.

Percutian terakhir Ashraf dan BCL di New York baru-baru ini.

Pemergian Ashraf Sinclair hari ini nyata memberi kesan buat BCL sehinggakan dia menempah liang lahad bersebelahan makam arwah suaminya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy memaklumkan BCL ingin ditempatkan bersama suaminya di tanah perkuburan tersebut. Begitulah cinta agung BCL terhadap suami tercinta. Oleh itu, GLAM rekap lapan fakta cinta agung mereka berdua. Al-fatihah.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Sorotan Buat Pementasan Koleksi Louis Vuitton Menswear SS27
Jun 24, 2026
Trend Report: 5 Trend Kecantikan Separuh Pertama 2026
Jun 24, 2026
GLAM It Girl: Elena. C
Jun 24, 2026
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Jun 24, 2026
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yang Anda Cari
Jun 24, 2026
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthalle
Jun 24, 2026
Ritual UV Baharu Dior
Jun 24, 2026

