Kavita Sidhu x Roberto Guiati, How This Glamazon Met Her Match

Kavita Sidhu x Roberto Guiati, Lovestruck! How This Glamazon Met Her Match

Daripada Sahabat Terjalinnya Cinta Antara Jejaka Tampan Dengan Sang Wanita Rupawan. Pasangan Ini Saling Melengkapi.

 

Kenal sekitar tujuh tahun lalu, mereka serasi bersama. Januari menjadi saksi Kavita Sidhu & Roberto Guiati mengikat ​tali perkahwinan​ dengan majlis resepsi penuh intimasi.

 

Siapa yang tidak kenal dengan jelitawan ini? Daripada ratu cantik ke ​peragawati, wanita ini beralih kerjaya menjadi pelakon, ahli perniagaan juga kini seorang pereka fesyen. ​Siapa boleh lupa kala ​Kavita ​dimahkotakan Miss Charm International pada 1990​?​ Membuat keputusan untuk mengakhiri zaman bujang adalah perkara paling rumit yang pernah ditentang​ ​oleh Kavita​ ​Sidhu​ sendiri​. Jelasnya, “Dia adalah milik ku dan dia akan sentiasa menjadi milik ku sehingga ajal menjemput ku.” Saya faham akan tuturnya itu. Barangkali berkahwin dengan insan yang salah lebih memeritkan daripada tidak berkahwin sama sekali. Pilihan harus dibuat tanpa rasa ragu. Melihat akan kemesraan mereka saya tumpang gembira. Saya percaya ikatan cinta mereka ini tulus dan bakal mengecap kebahagiaan bersama.

 
[envira-gallery id=”82986″]

Aksi mereka di hadapan kamera sungguh natural dan langsung tidak dibuat-buat. Ada kalanya bila kita melihat pasangan selebriti yang lain, mereka seolah-olah berlakon di hadapan lensa. Kala disapa peminat atau rakan media, kedua-duanya akan berlakon dengan melemparkan kemesraan bersama. Semata-mata hanya untuk tontonan khalayak ramai. Walhal di belakang kamera hakikatnya tidak begitu. Shouldn’t true love be effortless? Yes! Selama dua hari berturut-turut saya menjadi saksi melihat kemesraan mereka ini. Memerhati kerenah juga layanan cinta yang dibentangkan dua hati ini, saya berasa amat gembira sekali. Mereka adalah contoh sekali gus membuktikan true love does exist. Well, I just adore them both. The love is pure and true. Penggambaran dijalankan selama dua hari berturut-turut. Hari pertama berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, manakala keesokannya penggambaran disambung di White Studio. Saya sangat teruja dapat bekerja dengan personaliti hebat meski sedikit gementar. Syukur semuanya berjalan lancar terus edisi Februari ini menandakan isu istimewa buat kedua insan ini kerana mereka bukan sahaja menjadi penghias muka hadapan tetapi turut menghiasi halaman fesyen yang dicedok inspirasinya daripada filem 9½ Weeks.

 

DIA WANITA ISTIMEWA Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Saat ditemu bual, kedua-duanya nyata teruja kerana​ perkahwinan mereka bakal dilangsungkan dalam tempoh dua minggu saja lagi. Memilih jejaka asal Itali sebagai pilihan hati, Kavita menyifatkan Roberto sebagai seorang insan yang tinggi karismanya lagi memahami. “Saya berasal dari Ferrara, utara Itali, berdekatan dengan kota Venice. Di kota itu saya dibesarkan dan mendapat pendidikan sehingga memperoleh ijazah dalam jurusan Sains Geologi. Saya datang ke Malaysia tahun 2007 dan ​bertugas​ dalam industri cari gali. Skop kerja berubah sepanjang menetap di Kuala Lumpur. Kini saya di bidang jualan pula dan bertugas dengan sebuah syarikat Amerika​ yang menjual peralatan bagi industri cari gali. Sebelum itu saya juga pernah bekerja di Itali juga Sepanyol,” cerita Roberto panjang lebar memperkenalkan diri.

 

Punya matlamat dan visi yang jelas, jejaka tampan ini mengorak langkah untuk berlabuh di perantauan​ demi mencari rezeki​. “Generally I have a good feeling about Malaysia. Saya anak ketiga daripada tiga beradik dan abang pernah menetap di Kuala Lumpur hampir 12 tahun lamanya. Dia memiliki beberapa restoran masakan Itali sebelum berpindah ke United Kingdom​ empat tahun lalu. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Malaysia, saya menziarahi abang and I was basically​ ​playing tourist. Saya kemudiannya memilih untuk menetap di sini. Tahun ini merupakan tahun ke​-10 dan keluarga juga ada bertandang sekali sekala. Saya pula akan pulang bercuti ke Itali sekurang-kurangnya sekali setahun.”

 

Berceritakan perihal diri, Roberto juga punya restoran Itali yang dikemudinya sendiri bersama rakan kongsi niaga yang menetap di ​luar negara. Membuka tirai pengenalannya bersama Kavita, jejaka ini berkata Kavita adalah wanita​ paling​ istimewa yang pernah dikenalinya. “The first time I ever saw her was magnificent. Memori itu tersemat rapi di hati. Ia mengambil lokasi di SkyBar, Traders Hotel untuk majlis keramaian anjuran CNN. Segala-galanya bermula secara perlahan. Saya tidak mahu tergesa-gesa di dalam perhubungan. Kami hanya saling mengenali dan akrab setelah empat tahun yang lalu. Sebagai seorang lelaki wajarlah saya yang memulakan langkah dan harus saya katakan adalah mustahil untuk memikat hatinya. She’s a special woman. I’ve never met someone in my life that is as beautiful, intelligent, generous and caring. A lot more beautiful from the inside than the outside. Kali pertama mengenalinya, hati ini seperti tidak senang. I’m dying to know her. But I know she’s way too high. Saya merasakan adalah mustahil sekali, memandangkan dia seorang selebriti dan kepunyaan rakyat,” tutur Roberto sambil melakarkan senyuman manis di bibir.

 

AKHIRI ZAMAN BUJANG Dia sangat santun lagi berbudi bahasa. Jauh sekali daripada apa yang saya fikirkan selama ini. Kala disapa Kavita pertama kali, saya terus teringat akan wataknya Vina dalam filem Mimpi Moon arahan sutradara Datin Paduka Shuhaimi Baba. Kavita dengan suara lembut memberitahu saya, “I think if you know that you’ve met your soulmate, you ​will ​feel it. Saya rasa akan keserasian antara kami berdua. Selesa dan ianya lahir secara natural. Saya boleh menjadi diri sendiri biarpun tidak memakai secalit mekap. Dia menerima saya seadanya. Sejujurnya ​amat sukar bagi saya ​membuat keputusan untuk berkahwin kerana selama ini saya tidak pernah berimaginasi ​memasuki alam perkahwinan. Jangan salah faham​ ya. Menempuh alam berumah tangga bukanlah perkara mudah. Komitmen akan bertambah seiring dengan kematangan. Semua orang tahu, banyak cabaran dan dugaan hidup berumah tangga. Itulah yang diberi penekanan kala diri memikirkannya. Waktu menerima lamaran di Phuket, Julai lalu,​ ​s​aya tergamam​ dan​ bibir kelu tidak terkata. Perasaan bercampur baur. Tentunya saya gembira kerana dapat memeterai cinta kami berdua tetapi hati sekali gus gusar jika tidak dapat memberikan yang terbaik kepada pasangan nanti,” jelas Kavita.

 

Bila diajukan soalan mengenai persiapan perkahwinan, wajah pasangan ini​ tampak girang sekali. “Sesungguhnya kami benar-benar teruja dengan majlis resepsi ini. Hanya menjangkakan sekitar 450 tetamu di ballroom Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur,” kata Kavita sungguh menjaga tertib. “Kala menghadiri majlis ulang tahun teman rapat di lokasi yang sama​, s​aya merasakan ia cukup sesuai untuk melangsungkan majlis yang kami dambakan bersama. Small and intimate. Ibu banyak menolong dalam melunaskan persiapan perkahwinan kami. Mengapa secara kecil-kecilan? Kami mengimpikan sebuah majlis resepsi yang intim lagi peribadi dengan jemputan terhad yang terdiri daripada sahabat handai dan keluarga terdekat juga kaum keluarga Roberto dari Itali. Kami mahu momen penuh emosi kala kami lafazkan cinta akan terlakar sebagai memori terindah yang akan disemat kemas-kemas di dalam ingatan semua tetamu yang hadir pada hari itu,” kata Kavita. “Manakala di sebelah saya pula akan dilangsungkan sekitar bulan May di Itali kerana sekarang masih musim sejuk di Itali. Sememangnya saya tidak sabar untuk membina keluarga sendiri langsung mempunyai cahaya mata,” pintas Roberto pula.

 

Keduanya saling melengkapi dan punya corak pemikiran yang sama. Jika sedang marah, Kavita lebih senang untuk mendiamkan diri di mana Roberto pula bertindak sebaliknya. “Ironinya Roberto bukanlah seperti lelaki-lelaki yang saya pernah kenali. Caranya berbeza dalam menyelesaikan persengketaan. Kita sedia maklum, kaum Adam lebih pasif lebih-lebih lagi kala dilanda masalah. Mereka punya ego yang tersendiri. Jika bergaduh atau berada di dalam situasi yang tegang, Roberto lebih selesa untuk berbincang daripada berdiam diri. Dia mengetepikan egonya. Bahkan terus memujuk saya. Walau bagaimanapun kami berdua bukanlah ‘the screaming type’ dan tidak suka melanjutkan pergaduhan,” terang Kavita. “Saling berbincang adalah perlu dan dari situ, kita mendapat ​penyelesaian. Bagi saya itu adalah kunci menjalin kebahagiaan. Tidak mahu memanjangkan persengketaan. Saya lebih selesa membawanya dalam perbincangan lalu menghakis pandangan negatif terhadap pasangan. Tidak perlu bermasam muka​ apalagi meninggi suara​. Itu ​suatu yang tidak sihat. Memujuk si dia lebih baik daripada menegangkan keadaan dan saya tidak mahu tidur malam dengan hati yang tidak senang. Running away from problems is totally not us. Teamwork and good partnership antara perkara yang membezakan kami dengan pasangan lain. Saling percaya juga hormat-menghormati boleh mematangkan sesebuah ikatan percintaan itu,” jelas Roberto.

 

Rasa romantis itu harus ada dalam setiap hubungan. Ia bertindak sebagai baja untuk tanaman agar hidup segar-bugar. “Jika hendak dibandingkan saya rasa Roberto lebih romantik dari saya. Mungkin kerana dia orang Itali! Masih jelas di ingatan saya kala dikucup Roberto pertama kali di pipi. Saya menolaknya ke tepi kerana keliru dengan tindakannya. Tindakan refleks saya agak pantas bukan kerana tidak mahu dikucup tetapi sebenarnya saya seorang yang pemalu. Mungkin tidak ramai yang tahu. Saat itu kekok sekali,” cerita Kavita sambil ketawa lalu Roberto mencelah, “I was so shocked, did I just hurt her? Itulah yang berlegar di fikiran. Kerana sebelum ini tiada pula yang menolak saya kala memberi kucupan,” jelas Roberto sambil gelak besar. “Melihat akan reaksinya waktu itu saya juga keliru. Kavita benar-benar terkejut, mukanya kaku! Berbalik pada soalan siapa lebih romantik, bagi saya pemberian coklat atau bunga itu klise sekali. Ya, ia mungkin masih romantik bagi sesetengah pasangan tetapi lebih baik jika kita menghargai jasa mereka dengan merungkaikan kata-kata cinta. Ekspresi yang ikhlas dengan butiran bicara yang jujur itu lebih penting, bukan?” tambah Roberto.

 

“Sexual attraction… pendapat saya tarikan seksual bukanlah hanya daripada fizikal atau bagaimana dia menata rias penampilannya. He’s really cool and very easy-going. Itu sudah memadai dan jika keluar makan malam dengannya, the things that are said or not said, are important. Itu sahaja sudah boleh menarikan minat saya. Perbualan yang baik itu ​sendiri mencetus energi seksual​ ​tersendiri. Hanya daripada kata-kata bukannya daripada bahasa tubuh,” kata Kavita memberi pandangan. “It’s not just beauty, it’s a lot to take. Seperti yang dikatakan, she’s a lot more beautiful from the inside than the outside. Lebih teruk lagi ​a​pabila mengenali hati budinya secara mendalam. Cantik bukan sahaja daripada luaran, untuk pengetahuan seisi keluarga Kavita juga punya karakter yang sama. Jika anda mengenali Kavita, anda seperti mengenali ibu bapa dan adik-beradiknya sekali. Sungguh merendah diri dan baik hati. Tidak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan keluarga​ dan sanak-saudara​nya. Begitu juga dengan keluarga saya. Saya bersyukur kerana kedua-dua​ belah pihak positif dan ​menerima kami dengan baik,” tutur Roberto serius.

 

“Kami juga berkongsi minat yang sama, antaranya menonton filem meskipun berbeza genre. Roberto gemarkan cerita komedi dan animasi manakala saya pula terarah kepada filem asing. Sifat toleransi itu tidak pernah menghalang kami untuk mengecap keseronokan. We certainly enjoy each other’s company. Lebih-lebih lagi jika ​ke gimnasium. Kami gemarkan gaya hidup sihat dan lihatlah Roberto sendiri. Waktu hari penggambaran tempoh hari, dia masih sempat pergi ke gim ​untuk rutin senaman hariannya. Mungkin kami sudah masuk fasa usia yang mana kita perlu mengekalkan disiplin diri agar tampil lebih berketerampilan dan cergas,” kata Kavita menoktahi perbualan.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Februari 2016

POST A COMMENT