Kaia Gerber: MVP Paris Fashion Week S/S 2018
Mewarisi bakat dan rupa paras setanding ibunya, supermodel lagenda Cindy Crawford, Kaia Gerber telah menggegarkan dunia fesyen dengan debutnya sebagai model di atas pentas peragaan pada musim ini sejurus selepas dia menyambut hari lahirnya yang ke-16. Pertunjukan pertama Kaia untuk debut istimewanya ini adalah melalui koleksi Calvin Klein oleh Raf Simons samibl diperhatikan oleh ibunya sendiri.
Energi dan semangat Kaia mula membina dinamik gadis muda ini dengan beberapa lagi pertunjukan besar seperti Alexander Wang, Fenty x Puma, Coach, Marc Jacobs dan terus bersinar di London untuk London Fashion Week dengan pertunjukan Burberry. Dia terus menarik perhatian ramai di Milan dan juga Paris untuk jenama-jenama seperti Prada, Moschino, Saint Laurent, Chloé, malah dia juga diberi peluang untuk membuka pertunjukan Chanel.
Kerjayanya sebagai seorang model tidak bermula di atas pentas malah dia pernah membintangi kempen wangian Marc Jacobs dan pernah ditampilkan di muka hadapan Vogue Paris dan Teen Vogue.
GLAM telah menghimpunkan detik-detik atas pentas peragaan di mana Kaia Jordan Gerber telah memikat hati kami dan seluruh komuniti fesyen global.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
Apr 15, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
Apr 15, 2026
Sorotan Terhangat Coachella 2026 Yang Mencuri Tumpuan Dunia
Apr 15, 2026
5 Hairstylist Mahir ‘Butterfly Cut’ Pilihan GLAM 2026
Apr 14, 2026
Ekspresikan Diri Bersama GBC & Gucci Beauty!
Apr 14, 2026
Ini 5 Aktiviti Istimewa Sempena Hari Ibu 2026
Apr 14, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
Apr 14, 2026

