Rest in Peace Virgil Abloh, 5 Momen Penting Fesyen Sepanjang Karier Virgil Abloh - Glam Malaysia
Rest in Peace Virgil Abloh, 5 Momen Penting Fesyen Sepanjang Karier Virgil Abloh

Rest in Peace Virgil Abloh, 5 Momen Penting Fesyen Sepanjang Karier Virgil Abloh

KHABAR DUKA PEMERGIAN PEMAIN FESYEN BERPENGARUH, VIRGIL ABLOH ADALAH SANGAT MENGEJUTKAN. VIRGIL ABLOH MENGIDAP KANSER CARDIAC ANGIOSARCOMA DAN TELAH MENINGGAL DUNIA PADA USIA 41 TAHUN. KECEMERLANGANNYA MENGEMUDI FESYEN, MELAYAKKANNYA BERGELAR THE KING OF MODERN STREET WEAR.

 

  1. RAINBOW RUNWAY

Virgil Abloh mempersembahkan koleksi lelaki yang bertema multi warna untuk Louis Vuitton musim bunga/panas 2019 sewaktu minggu fesyen Paris. Abloh, dilantik sebagai pengarah artistik koleksi lelaki Louis Vuitton pada Mac 2018. Para model yang melewati koleksi tersebut, tampil dalam sut berjaket mohair dan ‘harness’ material kulit, berjalan di atas pentas bercorak pelangi. Sepanjang 200 meter, corak pelangi tersebut merupakan hasil lukisan tangan dan mengambil inspirasi dari filem Wizard of Oz. Turut sama meraikan diversifikasi dan inklusiviti dalam fesyen lelaki khasnya.

 

  1. BELLA HADID

Supermodel, Bella Hadid antara rakan Virgil dari kalangan model yang paling berduka dengan khabar kematian Virgil. Bella ada berkongsi beberapa posting di Instagram-nya, menulis tentang kesedihan pemergian Virgil. Virgil dan Bella bukan sekadar rakan bekerja, malah keakraban mereka sentiasa terlihat di beberapa acara fesyen. Juga Bella pernah dijadikan inspirasi Virgil kala mereka koleksi, misalnya untuk Off-White.

See also
Selamat Hari Bapa! 7 Bingkisan Sesuai Buat Bapa

 

  1. OFF-WHITE & NIKE

Virgil merupakan individu penting disebalik jenama Off-White. Kolaborasi antara Off-White dan Nike pernah mencipta fenomena yang berkali-kali dalam fesyen street wear. Kolaborasi antara dua jenama ini, pernah mengeluarkan beberapa rekaan ikonik, seperti Nike Dunk Low, Nike Air VaporMax X, Nike Air Jordan 1 “Chicago”, Nike Air Max 97, React Hyperdunk, Air Force 1 dan beberapa lagi. Penggemar street wear menggilai rekaan-rekaan hebat Off-White bersama Nike. Rekaan-rekaan tersebut telah terbukti memecahkan batasan dalam prestasi dan gaya sniker.

 

  1. GAUN PERKAHWINAN HAILEY BIEBER

Gaun perkahwinan Hailey Bieber, hasil rekaan Off-White kini termaktub sebagai antara gaun perkahwinan paling ikonik. Hailey Bieber mengahwini Justin Bieber di sebuah ladang besar di South Carolina, Amerika Syarikat, pada September 2019. Dan dalam temubual bersama Vogue, Hailey memberitahu dia tidak mahu pereka pengantian tradisional, tetapi seseorang yang boleh menggabungkan gaya peribadinya yang sering dipengaruhi streetwear. Siapa yang lebih layak selain daripada Virgil, yang juga kawan baiknya sendiri?

See also
Pat McGrath Bakal Lancarkan Rangkaian Gincu Berevolusi

Putih, off-the shoulder gaun renda berperincian manik dan jemaki. Rekaan tersebut adalah gaun pengantin pertama rekaan OFF-White. Di bawah jahitan bahagian belakang yang terbuka, tertulis “WEDDING DRESS” disulam dengan manik, manakala logo anak panah jenama itu dipaparkan dalam jahitan manik pada seluruh gaun. Pada hujung gaun, terdapat perkataan “TILL DEATH DO US PART” yang menyimbolkan DNA jenama OFF-White.

 

  1. THE KING OF MODERN STREETWEAR 

Melalui Louis Vuitton, Virgil telah banyak mereka dan menampilkan fesyen tidak konvensional dan keunikkan tersendiri. Sejak koleksi musim bunga 2019, dan yang terakhir koleksi musim bunga 2022, Virgil pernah menghasilkan lebih daripada 10 ‘look’ yang ikonik. Setiap rekaan yang direka Virgil untuk Louis Vuitton punya mesej dan erti yang tertentu. Virgil gemar menyelitkan mesej terutamanya mengenai perihal diversifikasi dan inklusiviti. Boleh dianggap, Virgil antara yang mencetus elemen diversifikasi dalam arena fesyen. 

 

Artikel berkaitan: Sejenak Bersama: Jil Sander, Pereka Feysen Ikonik +J