Related Stories
Semua Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Met Gala 2026!
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioKehangatan Met Gala kini kembali! Dengan tema mengangkat tema “Costume Art” dan kod pakaian “Fashion Is Art”, ini segala yang anda perlu ketahui tentang Met Gala untuk tahun 2026.
Setiap Isnin pertama bulan Mei, acara fesyen paling berprestij, Met Gala kembali mengubah Metropolitan Museum of Art menjadi pentas paling eksklusif dalam dunia fesyen. Buat tahun 2026 ini, ia tampil dengan naratif yang lebih berlapis dan intelektual. Bertemakan “Costume Art”, acara tahun ini bukan sekadar perarakan busana mewah, tetapi satu eksplorasi mendalam tentang hubungan intim antara tubuh manusia dan pakaian sebagai medium seni. Dengan kod pakaian “Fashion Is Art”, setiap tetamu yang hadir diberi kebebasan untuk mentafsir fesyen sebagai ekspresi tubuh yang hidup, sebagai satu interpretasi yang melangkaui estetika semata-mata, serta menuju kepada pengalaman yang lebih konseptual dan peribadi.

Met Gala 2026: Costume Art, Diangkat Sebagai Tema
Tema ini juga berakar pada pameran baharu Costume Institute yang mengangkat hubungan antara sejarah fesyen dan representasi tubuh dalam seni visual. Melalui gabungan koleksi busana arkib dan karya seni merentas zaman, pameran ini membuka dialog tentang bagaimana tubuh bukan sahaja “memakai” fesyen, tetapi turut membentuk makna di sebaliknya. Perspektif ini mengalihkan fokus daripada sekadar visual kepada materialiti, serta bagaimana fabrik, potongan dan struktur berinteraksi secara langsung dengan tubuh manusia, lalu menjadikannya sebagai satu bentuk seni yang benar-benar hidup dan bernafas.

Malam gala ini turut bakal dipimpin oleh barisan co-chair berpengaruh seperti Beyoncé, Nicole Kidman dan Venus Williams yang mana masing-masing membawa aura tersendiri kepada tema besar ini. Dengan sokongan nama besar seperti Jeff Bezos dan Lauren Sánchez, serta sentuhan rumah fesyen Saint Laurent di bawah arahan Anthony Vaccarello, Met Gala tahun ini menjanjikan sebuah pertembungan idea yang kaya antara seni, identiti dan ekspresi diri. Kehadiran tokoh-tokoh ini bukan sekadar simbol status, tetapi mencerminkan bagaimana fesyen berfungsi sebagai bahasa global yang merentas industri dan disiplin.

Menjelang malam kemuncak, kota New York City sendiri pastinya bertukar menjadi tumpuan, dipenuhi selebriti yang memberi bayangan awal kepada interpretasi mereka terhadap tema. Ada yang memilih rujukan sejarah seni, memetik inspirasi daripada lukisan klasik atau arca ikonik, manakala ada juga yang akan tampil lebih eksperimental melalui siluet avant-garde dan permainan tekstur yang berani. Setiap penampilan yang dipersembahkan membawa naratif tersendiri, mencerminkan bagaimana fesyen mampu berfungsi sebagai medium penceritaan yang kompleks sebagai “fashion history” yang bakal diingati.
Artikel berkaitan: Segala yang Anda Perlu Tahu Mengenai Met Gala 2025
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
