Elemen Kejutan Di Anya Hindmarch

Elemen Kejutan Di Anya Hindmarch

floatingPeragawati terapung di atas penonton. Gambar: Anya Hindmarch

 
Aksesori mewah ciptaan Anya Hindmarch dikenali sebagai kreativiti, bersifat hasil kerja tangan, mesra alam serta mempunyai maksud yang tersendiri. Pereka ini melahirkan produk fesyen yang bersifat uniseks sesuai diperagakan dengan pelbagai gaya. Pada pertunjukan London Fashion Week 2016, Anya Hindmarch menonjolkan karyanya dengan penampilan model-model terapung di atas penonton, tampak lebih kreatif, idea pentas persis tali sawat penghantar menjadi laluan peragawati yang diturut serta hiburan tarian dari juruwang.
 

Lagi laporan terkini sepanjang minggu fesyen – klik sini

 
Anya Hindmarch mencetuskan lagi idea segar, iaitu pementasan dengan sentuhan berwarna warni, di mana terdapat gelas besar disusun di atas p​entas peragaan bagi menimbulkan elemen ranggi dan santai. Sedikit kelainan diberikan pada tas tangan ciptaannya​, ianya disertakan pelekat yang comel dan bergaya bagi menonjolkan gaya santai untuk para pemakai. Lebih menyakinkan lagi, wanita London ini ternyata berbakat kerana ​Hindmarch telah dianugerahkan sebagai pereka aksesori dalam British Fashion Award pada tahun 2014. ​Dia juga turut merangkul anugerah Veuve Cliquot dan Harper’s Bazaar Business Woman pada tahun 2012.
 

See also
GLAM FIRST: Dior Cruise 23 di Plaza de España, di Seville Spain.

[soliloquy id="44817"]

Gambar: Anya Hindmarch