AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL

AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
AFT Lebih Selamat dan Unggul Berbanding IPL

Direka eksklusif untuk Strip, rawatan ini membawa kepada pelanggan kelebihan gabungan kepakaran dari Alma dalam teknologi terapi cahaya, dan pengalaman luas Strip dalam bidang pembuangan rambut. Perkhidmatan pembuangan rambut AFT bukanlah rawatan laser kerana ia menggunakan jarak gelombang yang berbeza dari laser. Beberapa kelebihan utama AFT era baru di Strip termasuk:

  • Sasar dan Sampai — Tidak seperti penyingkiran rambut IPL yang menggunakan gelombang yang luas untuk menyebarkan lonjakan tenaga, AFT menggunakan gelombang yang lebih kecil untuk pengagihan tenaga sama rata, lalu menghasilkan rawatan yang lebih tepat dan teliti.
  • Tiada Kesakitan, Hanya Kelebihan — Sistem penyejukan dalam AFT dan teknik ‘in-motion’ Strip mencapai pengalaman penyingkiran rambut yang selesa dan tidak menyakitkan.
  • Lebih Besar, Lebih Baik — AFT era baru menggunakan aplikator kristal 5cm yang dibuat khas (berbanding dengan IPL yang menggunakan aplikator lebih kecil, iaitu 3cm), untuk memastikan pengurangan rambut pada permukaan yang lebih luas secara berkesan, khususnya pada kawasan Brazilian. Dengan rawatan ini, hasil dan keselesaan adalah maksima, risiko adalah minima.
See also
Blackpink Buat Kemunculan Istimewa Di Istana Buckingham

Suatu rekaan moden, Rawatan era baru disediakan untuk wanita dan lelaki. Kaedah ini sesuai untuk rawatan pada kebanyakan bahagian badan, seperti kaki, bahagian intim, belakang badan, bawah lengan, lengan, atas bibir dan lain-lain. Untuk hasil terbaik, enam sesi disarankan dengan selang waktu selama empat hingga enam minggu antara setiap sesi.