3 Fakta Menarik Tentang Anisha Isa-Kalebic, Kekasih Putera Mateen - Glam Malaysia
Anisha Isa-Kalebic

3 Fakta Menarik Tentang Anisha Isa-Kalebic, Kekasih Putera Mateen

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasti ramai yang sudah tahu kisah hubungan Putera Mateen bersama kekasihnya, Anisha Isa-Kalebic. Sama cantik, sama padan, jom kenali 3 fakta menarik tentang wanita anggun ini.

Putera Mateen dan Anisha Isa-Kalebic, semenjak keakraban merpati dua sejoli ini mula dipertontonkan pada khalayak ramai, banyak mulut mula bersuara. Pelbagai ragam peminat di Internet, ada yang luah rasa patah hati dan ada juga yang menyokong dengan seikhlas hati. Bukan sahaja menjadi bualan di Malaysia, malah di Indonesia! Begitu sekali penangan Putera Sultan Brunei Darussalam Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang menjadi kegilaan ramai ini. Namun, kami tertarik dengan wanita ini yang berjaya memikat hati Putera Brunei kesayangan ramai.

3 Fakta Menarik Tentang Anisha Isa-Kalebic

#1 Abang Anisha Isa-Kalebic, sahabat baik kepada Putera Mateen

Abang Anisha iaitu Danial Deen Isa Kalebic,  merupakan sahabat baik kepada Putera Mateen. Mereka berdua sering bermain bola sepak bersama dan berkongsi hobi yang sama. Malah, mereka sering dilihat bergambar bersama bukan sahaja berdua tetapi bersama Anisha dan isteri Danial, Janetira Attaskulchai.

See also
Harnaaz Sandhu, Ratu India Yang Berjaya Merampas Kembali Takhta Miss Universe Selepas Dua Dekad

Anisha Isa-Kalebic

Gambar: Instagram @danialik