Gift Giving Gucci Semarak Gaya Hujung Tahun Anda
Rencana Tajaan GUCCI
Disember menjelma menandakan kemeriahan bermula. Ini juga menandakan ketibaan Krismas yang dinanti-nantikan. Kita juga mula merancang percutian bersama insan tersayang atau parti dengan teman rapat.

Dilema hujung tahun kembali lagi dan anda mula mahu memilih busana terhebat untuk disarungkan pada percutian dan acara yang perlu dihadiri. Cabaran besar adalah untuk tampil GLAM membawa persona yang anda tonjolkan saban tahun. Anda mahu tampil ringkas namun masih mengekalkan perincian khusus pada busana, sepatu atau aksesori pilihan.
Mata meneliti semua aplikasi, pandangan anda lantas melekat pada seleksi musim perayaan Gucci paling baharu. Dari tas tangan ke perhiasan hingga ke wangian dan sepatu, ternyata 2018 Gift Giving (#GucciGift) daripada Gucci tidak pernah menghampakan.
Mata tergoda dengan kasut bertatah kristal yang jalur elakstik kristalnya boleh ditanggalkan. Anda terbayangkan memakainya waktu santai siang dan menambah butiran kristal saat mahu parti di malam hari. Lebih GLAM menggayakan persalinan anda dengan GG Marmont, sebuah tas klasik metalik dalam koleksi Gucci yang sering tampil dalam versi baharu mengikut musim.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Jun 16, 2026
Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Jun 16, 2026
6 Produk Kecantikan Baharu Yang Buat Kami Obses
Jun 16, 2026
Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Jun 16, 2026
Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Jun 15, 2026
Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Jun 15, 2026
ExoBright Cryo Therapy Jadikan Kulit Saya Lebih Segar Dalam 75 Minit
Jun 15, 2026






