fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Gaya Berani Zendaya Di Acara Permaidani Merah 2021
Max Mara Reka Kostum Balet Buat Aterballetto
Pentas Victoria’s Secret Kembali Ke New York
7 Warna Ramalan Bakal Popular Tahun 2024 Pilihan GLAM
Karpet Merah British Fashion Awards 2015

15 Gaya Glamor Selebriti Di Karpet Merah ABPBH 35

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 atau ABPBH 35 yang bersiaran buat julung kalinya dari Panggung Sari, Istana Budaya berlangsung meriah dan gilang-gemilang.

Menampilkan Ain Edruce dan Johan sebagai hos, ABPBH 35 mempertandingkan 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra!. Bell Ngasri, pelawak yang telah 37 tahun berkecimpung dalam industri membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik sekali gus dinobat sebagai Bintang Paling Popular 2023. Tidak lupa juga dua anugerah khas yang diberikan kepada Tan Sri Michelle Yeoh dan Yuna atas pencapaian luar biasa mereka di peringkat global.

Selain barisan pemenang, penampilan para selebriti juga turut menjadi perbualan penonton. Tidak kira artis lelaki mahupun wanita, masing-masing kelihatan kacak dan menawan kala melewati karpet merah acara bertemakan Ekspresi Legasi Seni itu.

Glam kongsikan beberapa stail selebriti yang mencuri perhatian pada malam ABPBH 35.

3 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasangan pengantin baru ini tampil bagaikan Barbie dan Ken di karpet merah ABPBH 35. Kejelitaan Janna Nick terserlah dalam gaun rona hijau pastel manakala Dini Schatzmann pula kacak dalam sut gandingan rona coklat dan putih.

3 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse