Dipuji Dalam The Devil Wears Prada, Hakikatnya Anne Hathaway Pilihan Ke-9? - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Dipuji Dalam The Devil Wears Prada, Hakikatnya Anne Hathaway Pilihan Ke-9?

Dipuji Dalam The Devil Wears Prada, Hakikatnya Anne Hathaway Pilihan Ke-9?

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pelakon The Notebook, Rachel McAdams adalah pilihan pertama untuk watak Andy Sachs, sebelum ia ditawarkan kepada Juliette Lewis dan Claire Danes. Namun peminat sangat terkejut apabila diberitahu Hathaway hanyalah pilihan kesembilan dan tertanya-tanya siapakah lima lagi pelakon yang dipertimbangkan untuk memegang peranan utama ini.

Pengguna Twitter turut mengakui filem tersebut tidak akan menjadi sehebat sekarang jika Hathaway tidak dipilih. The Devil Wears Prada turut membariskan beberapa pelakon hebat seperti Meryl Streep, Emily Blunt dan Stanley Tucci.

Namun apa punca McAdams menolak tawaran ini? Pada 2007, dia mengakui enggan lagi berlakon dalam filem bersifat mainstream selepas The Notebook dan Mean Girls.

Malah katanya, dia tidak akan menerima tawaran watak semata-mata untuk membuat filem. “Saya harus bersemangat mengenainya. Pada masa sama, saya mudah terganggu ketika bekerja dan mahu kembali ke kehidupan lama saya (yang penuh privasi),” ujarnya.

Ryan Gosling, Rachel McAdams clashed while filming 'The Notebook' - Los  Angeles Times
Rachel McAdams dan Ryan Gosling dalam The Notebook. Foto: Melissa Moseley/New Line Cinema

Dengan pencapaian luar biasa sebagai Andy Sachs, Hathaway kini berjaya meletakkan dirinya dalam senarai pelakon A-list Hollywood.

See also
Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda

The Devil Wears Prada merupakan filem yang diadaptasi daripada novel karya Lauren Weisberger pada 2003. Ia berkisar mengenai pengalamannya bekerja sebagai pembantu kepada Ketua Editor Vogue, Anna Wintour selama 11 bulan.

Foto: 20th Century Fox

Baca: #PillowChallenge: Anne Hathaway Paling Win