Bill Gates & Melinda Gates Kembali ‘Bersatu’ - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
“Ada Sebab Saya Tidak Mampu Bertahan” - Melinda Gates Ulas Isu Perceraian

Bill Gates & Melinda Gates Kembali ‘Bersatu’

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kedua-duanya menghadiri Goalkeepers 2022 Global Goals Awards dan sempat merakam foto bersama penerima anugerah kehormat termasuk aktivis perubahan iklim, wartawan, penganjur pertubuhan bukan untung, dan presiden Suruhanjaya Eropah.

Sebelum muncul di acara tersebut, Melinda sempat berkongsi kepada Bloomberg TV mengenai dinamik kerjayanya dengan bekas suami dan bagaimana mereka berkolaborasi untuk Bill & Melinda Gates Foundation.

“Minggu lalu buat kali pertama kami bertemu dengan lembaga pemegang amanah secara peribadi. Apa yang saya rasa mereka akan katakan kepada anda semua adalah Bill dan Melinda kekal komited sepenuhnya terhadap yayasan ini dan akan terus bekerjasama secara efisien. Dan itulah yang kami lakukan hari ini.”

Bill Gates dan Melinda Gates

Foto: Getty Images