AnnaLynne McCord Hidap Kecelaruan Identiti, Dedah Pengalaman Melihat 'Little Anna' - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Annalynne Mccord Hidap Kecelaruan Identiti, Dedah Pengalaman Melihat 'Little Anna'

AnnaLynne McCord Hidap Kecelaruan Identiti, Dedah Pengalaman Melihat ‘Little Anna’

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dia mengakui mengalami masalah hilang ingatan disebabkan trauma yang dialami semasa kecil. Dia sendiri tidak menyedari dirinya menghidap kecelaruan identiti disosiatif sehinggalah berada di kemuncak kerjayanya.

“Identiti saya pelbagai-bagai, namun saya sama sekali tidak menyedarinya sehinggalah terlibat dalam 90210,” katanya mengenai siri drama yang disiarkan dari 2008 hingga 2013.

Semasa berehat panjang daripada rancangan tersebut, AnnaLynne membintangi filem Excision pada 2012. Namun ada sesuatu mengenai watak tersebut yang membuatkan dirinya seperti tersentak daripada lamunan panjang.

“Saya memegang watak sebagai Pauline, gadis pelik yang mempunyai masalah mental, sesuatu yang dirasakan sangat mirip dengan diri saya. Ia menjadi momen pendedahan yang sangat mengejutkan dan memberi trauma tanpa disedari.

“Penggambaran tamat pada jam dua pagi hari Selasa, dan saya sepatutnya berasa teruja kerana segalanya telah selesai dan dapat kembali ke kehidupan sedia kala keesokan hari. Namun ia tidak berlaku. Saya tidak menjumpai diri yang sebenar. Saya tenggelam dalam watak Pauline dan tidak menemui jalan keluar,” katanya.

Excision 2012, directed by Richard Bates Jr | Film review
Foto: Timeout