Michelle Yeoh Didakwa Menyindir Hos CNN Di Pentas Oscar - Glam Malaysia
Michelle Yeoh Didakwa Menyindir Hos CNN Di Pentas Oscar

Michelle Yeoh Didakwa Menyindir Hos CNN Di Pentas Oscar

Anugerah Akademi ke-95 memahat detik bersejarah buat Tan Sri Michelle Yeoh apabila dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

Selain melakar kejayaan peribadi dengan menggenggam trofi Oscar pertamanya, Michelle Yeoh turut mencipta sejarah peribadi. Dia menjadi wanita Asia dan rakyat Malaysia pertama memenangi kategori yang menjadi dambaan itu. Sewaktu memberi ucapan kemenangan, aktres berusia 61 tahun itu sempat memberi inspirasi kepada penonton. Ini termasuk golongan minoriti sepertinya dan pelakon wanita di Hollywood yang peluang lakonannya semakin mengecil seiring peningkatan usia.

“Buat semua anak-anak kecil yang kelihatan seperti saya, yang sedang menonton, ini adalah sinar harapan dan kemungkinan untuk anda. Ini adalah bukti bahawa anda boleh memasang impian yang besar dan mimpi boleh menjadi kenyataan. Dan buat para wanita, jangan biarkan sesiapa mengatakan bahawa anda telah melewati ‘detik kegemilangan’ anda. Jangan sesekali berputus asa.”

michelle yeoh

GIF: Tumblr

Ucapan kemenangan Michelle Yeoh dilihat amat berinspirasi, bagaimanapun ada yang berpendapat aktres kelahiran Perak itu memberi respons halus kepada komen seksis Don Lemon. Hos CNN itu sebelum ini memberi komen mengenai calon presiden dari parti Republikan, Nikki Haley yang telah pun melepasi ‘detik kegemilangannya’ pada usia 51 tahun.

“Adakah ini sindiran buat Don Lemon atas komennya yang mendakwa ‘wanita melepasi detik kegemilangan pada usia 50-an?’” tanya pengulas politik, Stephanie Hamill di Twitter.

“Saya rasa Michelle Yeoh mempersenda Don Lemon semasa memberi ucapan kemenangan Oscar,” tulis editor kanan Daily Beast, Matt Wilstein.

“Sindiran yang hebat kepada kenyataan Don Lemon tentang ‘melewati detik kegemilangan wanita,’” tambah penulis kolum Bloomberg Opinion, Robert A. George.

Foto: NY Post

Bagaimanapun Tanggapan Mengenai Michelle Yeoh Itu Ternyata Tidak Benar

Kenyataan pelakon itu hakikatnya bukanlah ditujukan kepada Don sebaliknya hanya kata-kata inspirasi daripada seorang wanita yang menggenggam trofi Oscar pertamanya pada lewat usia.

See also
Punca Sebenar Perceraian Brad Pitt-Angelina Jolie Terbongkar Selepas Tiga Tahun

“Oh, saya melihatnya dari sudut Don Lemon tetapi rasanya ia ditujukan kepada Hollywood secara umum,” tulis seorang pengguna Twitter. Seorang lagi menambah, “Saya rasa ucapannya ditujukan kepada para wanita yang sering diberi jawapan ‘tidak’ selepas usia mereka melepasi 40 tahun di Hollywood.”

Seorang lagi netizen memberi respons, “Saya percaya dia tidak memikirkan tentang Don Lemon pada salah satu malam terpenting dalam hidupnya. Hollywood sememangnya terkenal kerana meletakkan ‘tarikh luput’ pada kerjaya artis wanita. Dia berjaya membuktikan bahawa semua ini tidak masuk akal. Wanita dari semua lapisan masyarakat kerap berhadapan dengan diskriminasi usia.”

Michelle Yeoh

 

Foto: Getty Images

Baca: Tan Sri Michelle Yeoh Dinamakan Sebagai Icon Of The Year