fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Selepas 20 Tahun, Jennifer Lopez Dedah Asal Usul Panggilan J.Lo
Dapatkan Montigo Tumbler Eksklusif Bila Anda Sertai GBC Love Wellness Hari Ini!
Puteri Eugenie Sedang Menantikan Kehadiran Cahaya Mata Kedua
“Dreams Do Come True” – Ernie Zakri Hiasi Billboard Times Square New York
Alasan Mengapa Eva Mendes Enggan Menggalas Watak Ganas Atau Seksual

Amy Schumer Dedah Detik Ngeri Dikejar Teman Lelaki Dengan Pisau

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Amy turut menyatakan sokongannya terhadap penyanyi rap FKA Twigs yang pernah menjadi mangsa penderaan domestik di tangan bekas teman lelaki, pelakon Shia LaBeouf.

“Dia (FKA TWigs) berkata orang sekeliling perlu berhenti bertanya, ‘Mengapa kamu tidak angkat kaki?’. Kerana penderaan tidak semudah itu. Saya begitu sensitif dengan perkara itu sekarang. Saya mengambil masa yang sangat lama untuk mempercayai lelaki dan kadangkala masih bergelut dengan perasaan itu.”

Podcast itu berjaya menarik perhatian ramai netizen. Paris menulis satu ciapan di Twitter, “Selamat Hari Wanita Sedunia! Sangat berbangga kerana dapat berkongsi episod @ThisIsParisPod terbaharu saya bersama @AmySchumer hari ini. Dia sememangnya seorang wanita yang baik hati, kelakar dan menyeronokkan! Saya gembira dapat berbual dengannya hari ini.”

Perbualan mendalam antara dua bintang hebat ini mendapat pujian ramai pengguna Twitter. Seorang peminat menulis, “Saya mendengarnya pagi tadi dan menyukainya. Saya sayangkan kamu Amy!”

Foto: Annie Leibovitz/Vogue

Baca: “Satu Keajaiban Saya Masih Hidup” – FKA Twigs Kongsi Butir Penderaan

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse