Album Ke-20 Siti Nurhaliza, SITISM Raih Sambutan Luar Biasa - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Album Ke-20 Siti Nurhaliza, SITISM Raih Sambutan Luar Biasa

Album Ke-20 Siti Nurhaliza, SITISM Raih Sambutan Luar Biasa

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Konsep & Inspirasi Sitism

Sejak dilancarkan, album ini menjadi tersohor di kalangan pengguna Twitter sehingga meraih lebih 12,000 hantaran. Sitism juga menduduki tangga pertama di Apple Music dan iTunes Malaysia serta Brunei. Lebih membanggakan, ia turut mendapat sambutan di negara jiran. Ia menduduki tangga ketiga di iTunes Singapura, tangga keempat di iTunes Indonesia serta tangga ke-153 di iTunes Australia. Penyanyi nombor satu negara ini sempat menzahirkan penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan padu kepadanya sejak hampir tiga dekad lalu.

“Saya gembira dan bersyukur bukan sahaja kepada peminat di Malaysia malah juga buat mereka yang strim lagu dari album Sitism sampai ke Australia, Indonesia, Brunei dan Singapura,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tajuk Sitism dipilih daripada nama penyanyi itu iaitu Siti manakala imbuhan ‘ism’ pula adalah istilah linguistik untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti dan ideologi album. Menurut penyanyi berusia 44 tahun itu, Sitism sangat bertepatan sebagai judul album kerana selama 27 tahun bergiat dalam industri muzik, dia telah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan ciri tersendiri.

SITISM

Foto: YouTube

Konsep albumnya pula adalah terjemahan kepada ‘cyber retro futurism’. “Ia gabungan gaya seni dan reka bentuk inspirasi daripada elemen masa silam seperti nostalgia dan gaya retro, masa kini serta suntikan futuristik. Elemen futuristik dipaparkan sangat unik kerana fungsinya sebagai imaginatif mengenai masa hadapan dalam industri muzik,” jelasnya.

See also
DATUK SERI SITI NURHALIZA

 

Foto: Twitter

Baca: Rihanna Ulas Album Terbaharu, “It’s Going To Be Completely Different”