7 Artis Tampak Normal Namun Sebenarnya Berdepan Gangguan Mental
Penyakit mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud beberapa hari lalu turut dikaitkan dengan masalah ini.
Menurut keluarganya, aktor Euphoria itu menghidap gangguan mental yang menjadi teruk selepas kematian bapanya seminggu lalu. Perkara itu juga diketahui beberapa rakan selebriti serta pencipta dan pengarah bersama Euphoria, Sam Levinson.
“Tiada siapa dapat menandingi Angus. Dia terlalu istimewa, terlalu berbakat dan terlalu muda untuk meninggalkan kita seawal ini. Dia juga bergelut dengan ketagihan dan kemurungan, sama seperti sebahagian besar daripada kita. Berehatlah dengan tenang dan semoga Tuhan memberkati keluarganya,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sinead O’Connor atau Shuhada’ Sadaqat yang meninggal dunia pada 26 Julai lalu juga mengalami masalah kesihatan penyakit mental. Dia disahkan menghidap gangguan bipolar kesan menjadi mangsa dera ibunya sejak kecil.
Malah dia sering berkongsi pegelutannya di media sosial termasuk dalam memoirnya, Rememberings yang diterbitkan pada 2021. Kesihatan mentalnya menjadi lebih teruk selepas anak remajanya, Shane Lunny meragut nyawa sendiri pada Januari 2022.
Selain Angus Cloud dan Sinead O’Connor, Glam kongsikan lima lagi selebriti yang bergelut dengan masalah penyakit mental
Kendall Jenner
Walaupun sentiasa kelihatan ceria, supermodel ini pernah bercakap tentang kemurungan dan gangguan kegelisahan yang dialaminya. “Penting untuk mencipta ruang di mana anda boleh mengekspresikan diri. Kemarahan, kekecewaan, tekanan, perkara yang menakutkan anda, perkara yang membuatkan anda gembira, malah sekadar idea,” katanya pada Februari 2022.
Dia mengawal masalah penyakit mental yang dihadapi dengan menulis di dalam jurnal dua kali seminggu, membaca novel, bermeditasi dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.

Foto: Getty Images
Foto: Instagram/Vogue
Baca: Perjuangan Tengku Puteri Iman Afzan Mengenai Kesihatan Mental Di Peringkat Antarabangsa
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
15 Langkah Penjagaan Tangan, Perlu Atau Berlebihan?
Pat McGrath Mentafsir Semula Pensel Bibir Untuk Louis Vuitton
Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Oleh Chanel
Gaya Barisan Tetamu Yang Mencuri Tumpuan Di Royal Ascot 2026
Mitos Atau Fakta, Minuman Kolagen Buat Kulit Flawless?
Coach Lancarkan ‘&Coach’, Platform Aliran Baharu Gen Z
Sorotan Buat Pementasan Koleksi Louis Vuitton Menswear SS27
Trend Report: 5 Trend Kecantikan Separuh Pertama 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
