Filem House Of Gucci Diselar Sebagai Satu Penghinaan - Glam Malaysia
Filem House Of Gucci Diselar Sebagai Satu Penghinaan

Filem House Of Gucci Diselar Sebagai Satu Penghinaan

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Filem yang telah lama dinantikan peminat, House of Gucci akhirnya ditayangkan di layar perak bermula 24 November lalu.

Diarahkan oleh sutradara Ridley Scott, filem jenayah biografi ini didaptasi daripada kisah benar yang ditulis oleh Sara Gay Forden menerusi buku The House Of Gucci: A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed pada 2001.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Lady Gaga yang membawakan watak utama, Patrizia Reggiani yang mengupah seorang pembunuh untuk menembak mati suaminya, Maurizio Gucci – mogul fesyen dan cucu pereka fesyen tersohor, Guccio Gucci pada 1995.

house of gucci

Foto: Pagesix