fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
OMEGA Seamaster Planet Ocean Worldtimer: Sempurna Buat Selam Lebih Dalam
Tahniah! Mimi Lana dan Syafiq Kyle Kini Sah Bergelar Suami Isteri
Tom Pelphrey & Kaley Cuoco Berkongsi Momen Bahagia Sambut Anak Pertama
Adele Dedah Impak Perceraian Terhadap Kesihatan Mentalnya
KL Festival 2026 Kembali Menjadi Pentas Warisan Seni Malaysia

6 Wanita Berpengaruh Di Dunia

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

6 Wanita Berpengaruh Di Dunia 04

SAMIA SULUHU HASSAN

Melakar sejarah apabila diangkat menjadi presiden wanita pertama Tanzania, Samia Suluhu Hassan, 61 dilantik menggantikan Presiden John Magufuli yang meninggal mengejut disebabkan komplikasi jantung. Samia berjanji untuk berlaku jujur, mematuhi serta melindungi Perlembagaan Tanzania sambil melafaz sumpahnya dengan memegang al-Quran di pejabat presiden.

6 Wanita Berpengaruh Di Dunia 05

KETANJI BROWN JACKSON

Amerika Syarikat mencatatkan sejarah baharu pada April lalu tatkala Senat mengesahkan Ketanji Brown Jackson, merangkap wanita kulit hitam pertama dilantik berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Agung. Pelantikan wanita berusia 51 tahun itu disambut dengan tepukan gemuruh di Dewan Kongres, sekali gus menandakan, lelaki kulit putih tidak lagi ‘bermaharajalela’ sebagai majoriti di mahkamah tinggi negara buat kali pertama dalam 233 tahun.

6 Wanita Berpengaruh Di Dunia 06

ZENDAYA

Di usia 26 tahun, Zendaya mencatatkan sejarah buat kedua kalinya di ajang Emmy Awards September lalu. Dia berhasil memenangkan piala Emmy lalu memecahkan rekod sebagai aktres termuda; selain menjadi pelakon berkulit hitam pertama yang memenangkan piala Emmy dalam judul drama bersiri yang sama secara berturut-turut. Di penampilan keduanya, Zendaya membawa pulang piala kategori Best Actress menerusi drama bersiri HBO Euphoria. Terdahulu, menjadi aktres termuda yang sebelumnya memenangi piala Emmy pada 2020.

6 Wanita Berpengaruh Di Dunia 07

ZARA RUTHERFORD

Zara Rutherford ialah seorang juruterbang asal Belgium-British. Pada usia 19 tahun, dia menjadi juruterbang wanita termuda yang mengelilingi dunia secara solo. Sekali gus, menjadikannya wanita merangkap remaja pertama yang mengelilingi dunia dengan mengemudi pesawat microlight sama selepas perjalanan selama lima bulan yang bermula di Kortrijk, Belgium, pada 18 Ogos 2021, dan berakhir pada 20 Januari 2022.

Pautan berkaitan: Model Welfare; Al Kisah Yang Tak Terungkap Dalam Lapangan Peragaan

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse


Pilihan Bacaan Seterusnya