Acara gemilang merai wanita MOST GLAM 2022 kembali pada tahun ini. Bersempena acara tahunan yang menyanjung kredibiliti seorang wanita, tahun ini GLAM menjulang keperkasaan jati diri buat pemangkin kejayaan peribadi. Sebelum itu, kenali 6 figura wanita hebat lagi berpengaruh di dunia buat tahun ini.
Foto : GETTYIMAGES
Ungkapan peribahasa tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia sama sekali tidak boleh disangkal lagi. sekali gus, mendeskripsikan betapa kuatnya pengaruh seorang wanita dalam memperincikan masyarakat dan negara menerusi pembangunan keluarga, ekonomi, pendidikan, kesihatan, politik, sosial dan budaya. Berikut dikongsikan enam wanita paling berpengaruh di dunia.

MICHELLE YEOH
Ringkasnya, tiada apa yang mustahil baginya selain berpunya tekad serta semangat untuk melakukan sesuatu lebih baik dari sebelumnya. Daripada Crouching Tiger, Hidden Dragon, beralih kepada Crazy Rich Asians dan filem terbarunya; Everything Everywhere All at Once. Pelakon merangkap jelitawan asal negara ini senantiasa berada di barisan hadapan berperankan ratu pawagam aksi selama hampir 40 tahun. Lantas, Michelle Yeoh menerajui filem Hollywood pertama membariskan pelakon-pelakon berdarah Asia di Hollywood; menjadikannya filem komedi romantik dengan kutipan tertinggi dalam lebih sedekad ini.

LIZZO
Saiz fizikal ternyata bukanlah penghalang untuk terus mengekspresikan seni muziknya. Berhasil membawa pulang penghargaan Emmy tahun ini menerusi kategori Outstanding Competition Program untuk show-nya, Lizzo’s Watch Out for Big Brrrls’. Kemenangan Lizzo membawanya separuh jalan memegang status bintang EGOT yakni beroleh piala anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony. Itu adalah prestasi yang jarang dicapai oleh seorang penghibur hanya di usia 34 tahun yang kini sudah berpunya piala Emmy serta 3 trofi Grammy.
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
