fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Bukan Sekadar Manis, Kenali Jenis Kurma Yang Paling Sesuai Untuk Anda
5 Pelakon Yang Berbakat Besar Dalam Bidang Nyanyian
Nikmati Rasa Warisan “Afternoon Tea” di The Librari
Perkahwinan Siti Saleha Menemui Titik Noktah
“Dreams Do Come True” – Ernie Zakri Hiasi Billboard Times Square New York

Filem Terhangat Gegar Pawagam November Ini

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kahar: Kapla High Council

Tarikh Tayangan: 28 November

 

Kahar: Kapla High Council membawa penonton menyelami kisah seorang remaja, Kahar, pelajar tingkatan empat yang pendiam dan lebih suka menyisihkan diri di sebuah sekolah berasrama penuh. Kahar sering dibelenggu tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh bapanya, seorang individu yang tegas dan tidak bertolak ansur dengan kegagalan.

Segalanya berubah apabila satu insiden tidak dijangka menyebabkan Kahar terlibat dalam sebuah ‘pilihanraya’ unik di asrama tersebut. Dalam pertandingan ini, setiap calon dari rumah asrama perlu bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, badan pelajar tidak rasmi yang memegang kuasa besar di kalangan pelajar sekolah. Jawatan ini bukan sahaja melambangkan status, tetapi juga menjadi simbol pengaruh dan kawalan mutlak dalam kehidupan asrama.

Filem ini menggabungkan elemen drama, aksi, dan emosi yang mendalam, membawa mesej tentang keberanian, tekanan sosial, dan perjuangan untuk mencari identiti diri dalam dunia yang penuh persaingan. Dengan jalan cerita yang penuh konflik dan watak yang kompleks, Kahar: Kapla High Council menjanjikan pengalaman sinematik yang mencabar minda dan hati penonton.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse