Related Stories
Kenali Sheila Dara Aisha, Pelakon Sore: Istri dari Masa Depan
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioKenali Sheila Dara Aisha, pelakon dan penyanyi kelahiran Bandung, mencuri perhatian melalui filem Sore: Istri dari Masa Depan yang meraih jutaan penonton.
Dilahirkan pada 24 September 1992, kini semakin dikenali sebagai antara wajah penting dalam industri hiburan Indonesia. Dibekalkan dengan bakat seni sejak kecil, Sheila mula berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai penyanyi kanak-kanak sebelum beralih arah ke bidang lakonan. Dari drama televisyen hingga ke layar perak, Sheila berjaya memposisikan dirinya sebagai seorang pelakon yang versatil, mampu menjayakan pelbagai watak dengan penuh penghayatan.
Cabaran bawa watak Sore

Terbaru, Sheila kembali menjadi perhatian ramai apabila tampil sebagai pelakon utama dalam filem Sore: Istri dari Masa Depan. Naskhah ini bukan sekadar sebuah drama cinta biasa, tetapi disuntik dengan sentuhan time travel yang menjadikannya unik. Menariknya, Sheila menggantikan pelakon asal, Tika Bravani, yang sebelum ini membawakan watak Sore dalam siri web terkenal. Tanggungjawab ini sememangnya berat kerana watak tersebut sudah dekat di hati peminat, namun Sheila berjaya memberikan nafas baharu dengan menampilkan sisi Sore yang lebih matang, lembut dan penuh emosi. Dalam filem ini, Sheila bergandingan dengan aktor Dion Wiyoko yang membawakan watak suaminya.
Dedikasi Sheila dalam menjayakan watak ini amat mengagumkan. Demi mencapai kesempurnaan, dia bukan sahaja perlu menghayati emosi seorang wanita misteri dari masa depan, malah sanggup melatih dirinya dalam pelbagai aspek. Sheila mempelajari bahasa Kroasia agar mampu menyampaikan dialog dengan tepat, selain berdisiplin melakukan latihan di gimnasium untuk memperbaiki postur tubuh dan meningkatkan stamina. Langkah ini membuktikan dirinya seorang pelakon yang sanggup bekerja keras demi memberi persembahan terbaik kepada penonton.
Segala usaha itu akhirnya berbaloi apabila Sore: Istri dari Masa Depan meraih kejayaan luar biasa. Dalam tempoh sembilan hari tayangan di pawagam Indonesia, filem ini sudah mencecah hampir tiga juta penonton, angka yang jarang dicapai oleh sebuah filem tempatan. Gelombangnya turut sampai ke Malaysia, apabila tayangan perdananya di Kuala Lumpur habis terjual dalam masa 24 jam. Lebih membanggakan, filem ini dipilih sebagai wakil rasmi Indonesia ke Anugerah Oscar 2026, sekaligus meletakkan nama Sore dan barisan pelakonnya, termasuk Sheila Dara, di pentas global.
Di luar layar perak, kehidupan peribadi Sheila juga sering menjadi perhatian. Pada 15 Januari 2022, dia mendirikan rumah tangga bersama penyanyi terkenal Vidi Aldiano. Perkahwinan mereka menjadi bualan hangat kerana bukan sahaja mempertemukan dua figura seni yang berbakat, malah memperlihatkan sisi romantis dan sederhana pasangan ini yang sering dikagumi peminat.

Artikel Berkaitan: 5 Filem Indonesia Panas Seperti Norma: Antara Mertua Dan Menantu
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
