Supermodel Veruschka, 78 tahun, Dipilih Sebagai Wajah Resort 2018 Acne Studios

Foto: William Klein, Vogue 1967.
Dunia fesyen merupakan satu dunia yang sentiasa bergerak dan berubah. Dunia yang enggan kekal statik disatu tempat because that’s just how it is.
Musim fesyen yang lalu menampakkan penampilan model-model yang lebih berusia diberi peluang untuk menguasai pentas peragaan seperti The Row, Tome, Creatures of the Wind, Simone Rocha, dan membuktikan umur itu hanyalah sekadar nombor.
Malah baru-baru ini Lauren Hutton, 73, telah dipilih sebagai wajah untuk kempen baru Calvin Klein, Carmen Dell’Orefice, 85, pula memperagakan adi busana Guo Pei, dan supermodel 73 tahun yang masih aktif, Benedetta Barzini.
Kali ini supermodel tinggi lampai yang aktif daripada tahun 60-70an Veruschka (nee von Lehndorff) pula is stealing the spotlight!
Pada usia 78 tahun, Veruschka ditampilkan secara solo di dalam lookbook koleksi Resort 2018 Acne Studios.
Model lagenda ini pernah dikritik kerana terlalu tinggi untuk seorang model wanita dan juga kakinya yang bersaiz 13, namun semangat Veruschka lebih kental daripada kritikan-kritikan yang dilemparkan kepada dirinya untuk mematahkan semangatnya.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

