GLAM Persona: Calling For Yaya Zahir
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL KREASI YAYA ZAHIR DIPERLIHATKAN BEGITU ANGGUN. PERKONGSIAN KANDUNGAN DIGITALNYA MENERAJUI LAPANGAN KREATIF DIGITAL TEMPATAN YANG DIRENCANAKANNYA SENDIRI.
PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID TEKS: ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM GAMBAR: EDMUND LEE SOLEKAN & DANDANAN: MAY WOO GAJET: SAMSUNG GALAXY Z FLIP3 5G BUSANA: LOUIS VUITTON

Yaya Zahir, Samsung Galaxy Z Flip3 5G
Memasuki usia ke 30 tahun Ogos lalu, Zuhairah binti Zahir; yang lebih dikenali sebagai Yaya berpunya profil resume yang begitu lengkap. Seperti yang ditampilkan menerusi bio ringkas di laman Instagramnya, Yaya adalah seorang pengacara dan pelakon. Selain merencanakan bisnes jenama pakaian Asly di samping suami Arriz Azim; dan pemanis mulut Oh My Dough yang direncanakan bersama kakak iparnya mengisi ruang masa saat pandemik melanda. Kreativiti, estetika dan ekspresi visual wanita kelahiran Petaling Jaya ini juga diperlihatkan menerusi kandungan digital yang direncanakannya sendiri. Di mana, kebanyakannya menyentuh kandungan semasa lapangan fesyen serta dunia kecantikkan yang dipamerkan menerusi akaun laman Instagramnya.
WANITA CELIK DIGITAL
Kerjaya anak bongsu dari tiga beradik ini berkembang secara organik. Usai pengajian di UiTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina, Yaya memerankan tanggung jawab sebagai pembantu pereka bentuk dalaman untuk glamReka&glamCasa milik fesyen guru, Datuk Rizalman. “Bekerja dengannya membuka mata saya melihat lapangan seni ini dengan menyeluruh. Lalu, terkait antara satu elemen dengan elemen yang lainnya. Bukan sekadar hiasan dalaman. Malah Yaya berpeluang menimba ilmu mengenai bisnes perkahwinan serta dunia fesyen, memahami jenis kain dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, Datuk Rizalman sangat profesional dalam pekerjaan juga tidak lokek berkongsi ilmu serta nasihat. Dia senang dibawa bicara, bekerja dengannya juga menyeronokkan,” Yaya menceritakan permulaan kerjayanya.

“Ibu Yaya banyak menyokong perjalanan karier Yaya. Yaya, dibesarkan sepenuhnya di Petaling Jaya oleh ibu tunggal, Zaharah namanya. Ibu senantiasa berpesan betapa pentingnya pelajaran serta berusaha untuk memiliki kerjaya yang baik. Selagi gus, menasihati kami berdikari sendiri dan tidak bergantung kepada sesiapa, sekalipun sudah berumahtangga. Arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga waktu Yaya berusia 8 tahun kerana serangan jantung. Ibu membesarkan kami tiga beradik dari kecil sehingga hari ini Yaya memanjatkan kesyukuran dengan kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah SWT, sekalipun merasa sekejap kasih sayang dari seorang ayah. Namum, kami sekeluarga disayangi oleh bapa saudara, ibu saudara serta sepupu terdekat. Yaya bersyukur mempunyai kenangan 8 tahun bersama arwah ayah walaupun ketika itu masih berusia mentah dan tidak berapa mengingati memori. Namun, di era 90-an, rata-rata kita merakam saat manis dengan kamera, baik video atau foto. Yaya masih berupaya mengimbas memori bersama arwah menerusi visual rakaman bercuti bersama keluarga,” terang Yaya berkongsi perihal peribadi.
Baca lanjut dalam GLAM September 2021
Pautan berkenaan: GLAM Persona: Scha Alyahya GLAM’s Coolest Fashion Icon
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
