#MFW-68 Pasangan Kembar Berjalan Buat Gucci Twinsburg
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioCAKAP GLAM: Satu pertunjukan yang cukup emosi! Setelah selesai setiap 68 model berjalan seorang diri, kemudiannya birai dibuka. Nah, rupanya setiap model itu ada pasangan kembar masing-masing. Berjalan dari pintu yang berasingan dan bertemu disatu titik, dan tangan saling menyambut. Gucci Twinsburg adalah satu dedikasi oleh Alessandro Michele buat ibunya yang juga mempunyai pasangan kembar, Eralda dan Giuliana. "Saya adalah anak kepada dua ibu," kata Michele melalui nota pertunjukan acara Gucci ini. Acara ini menzahirkan gaya yang bersifat cukup peribadi. Sentuhan glamor yang diinjek dalam Gucci Twinsburg diambil daripada stail 70-an dan 80-an. Sensasi gaya bintang Hollwyood era itu memainkan peranan penting. Berserta estetika sportwear yang digubah lebih glamor. Dunia budaya Cina juga diambil menjadi esen penting, ada baju yang direka dengan kolar Cheongsam. Fuori, satu kata penting di Itali yang popualr dekad 70-an juga mengindahi beberapa gaya. Watak utama koleksi ini pastinya milik Gremlins!

VIP: Jodie Turner Smith yang sebelum ini sering kali muncul di permaidani merah berbusana Gucci membuat kemunculan di Milan dengan uniknya. Selain itu, peminat setia Alessandri Michele yakni Sinead Burke turut setia hadir memberikan tanda sokongan. Bintang barisan hadapan Gucci yang lain termasuklah Bryan Boy (the new editor buat majalah The Perfect), Amelie Gassman, Law Roach dan Caroline Daur.
PILIHAN GLAM

Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Ritual UV Baharu Dior
Menyusuri Sejarah dan Sulaman Palestin di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.








