Related Stories
Nuansa Nada Klasik: Himpunan Kurasi Daiyan Trisha Bersama Clarks Malaysia
Gadis anggun, mempesona dengan gaya yang tersendiri. Seumpama Clarks, hanya mengutamakan kualiti serta citarasa dalam memilihnya. Koleksi unggul untuk wanita yang inginkan penampilan penuh karisma, berkeyakinan dan menghargai nilai dirinya. Pastinya, setiap hayunan langkah diiringi aura istimewa.
Bergaya, Selesa dan Yakin, kempen Hari Lebaran Clarks X Daiyan Trisha bakal memasuki pasaran mulai 6 April sehingga 6 Mei yang dibentangkan secara ekslusif hanya di Malaysia. Himpunan eksklusif dikurasi sepenuhnya oleh Daiyan Trisha bersama Clarks bergema sepanjang musim perayaan ini dengan penuh gaya. Dipengaruhi oleh gayanya sendiri yang terserlah anggun, terkait sama ketulenan ketukangan sepatu Clarks yang berkualiti tinggi. Bertujuan untuk melengkapkan persalinan yang berdakap nuansa klasik, Clarks X Daiyan Trisha tampil memperkenalkan enam dari lapan gaya yang dipinjam dari himpunan musim bunga/panas 2022. GLAM menampilkan bicara eksklusif bersama Daiyan mengenai kisah sepasang sepatu Clarks-nya.

Himpunan kurasi Daiyan bersama Clarks Malaysia buat kempen Lebaran tahun ini.
Apakah kasut yang dipilih oleh Daiyan untuk dipakai pada hari ini?
Daiyan kini memakai sandal pump bertumit rona nude. Pada asasnya ia adalah jenis atau gaya kasut kegemaran Daiyan kerana tidak berpunya konstruksi yang rumit juga mudah untuk dipakai. Di samping itu, bisa menambah sedikit ketinggian selain memberikan ilusi estetik kaki lebih panjang dan langsing.
Umumnya kebanyakan kisah mengenai sepatu Clarks bermula saat menekuni di sekolah atau universiti. Bagaimana kisah perjalanan Clarks Daiyan bermula sebelum berpeluang untuk berkolaborasi bersamanya?
Kisahnya bermula seawal Daiyan menekuni di bangku sekolah rendah. Di mana pada waktu itu, Daiyan menemani ibu untuk menemukan sepasang kasut yang selesa lagi tampak profesional kerana ibu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik di sekolah. Demikian, perencanaan harian memaksa ibu untuk berdiri lalu berjalan dengan lebih banyak memandangkan berpunya jadual mengajar yang padat di sekolah. Dalam pada menemaninya, ibu turut membelikan sepasang kasut Clarks pertama buat Daiyan. Saya sangat menyukainya kerana ia sangat selesa dan itulah pengalaman pertama mengenai kasut Clarks yang tersimpan kemas dalam ingatan.

Sandal kulit Karsea, rona sun tan.
Gambarkan Clarks dalam kata Daiyan sendiri…
Selesa, autentik dan punya kelasnya yang tersendiri.
Mengapa Daiyan tertarik dengan kasut lantas membuatkan Daiyan ingin berkongsi minat di dalam berkolaborasi bersamanya?
Bagi pendapat Daiyan, apa jua yang kita sarungkan pada kaki atau apa sahaja jenisnya; dari sandal, kasut sniker, kasut tumit tinggi yang berpunya pelbagai gaya dari strappy atau pump. Kesemua miliki karakter atau rincian yang tersendiri. Bukan sekadar melengkapi persalinan kerana bagi Daiyan setiap butiran yang didedahkan itu amat penting. Dari segi warna, tekstur, bermuka tutup atau terbuka mendedahkan jari kaki. Ia bakal membiaskan gaya peribadi anda. Bagi saya, Daiyan lebih kepada seorang gadis yang memuja sepatu bertumit atau jenis pump serta gemar akan kasut sniker. Ia ibarat menyerlahkan ciri dan personaliti yang ingin diterokai pada hari tertentu. Itulah sebabnya saya mempunyai banyak koleksi kasut yang pelbagai dan langsung gemar sekali mengumpulnya.
Bolehkah Daiyan berkongsi pengalaman dalam berkolaborasi bersama Clarks dalam menjayakan Kempen Lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi?
Saya merasakan Clarks menyimpan kemas sentimen dan nostalgia buat Daiyan kerana ia adalah salah satu jenama yang saya membesar dengannya. Dari zaman kanak-kanak sehingga memasuki sekolah menengah, kemudian melanjutkan pengajian di universiti. Daiyan bakal melewati butik Clarks acap kali bersama kedua orang tua saat membeli-belah bersama mereka. Daiyan sangat berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama dengan Clarks untuk kempen ini. Ia umpama satu penghormatan besar buat Daiyan dalam menjayakan kempen ini.

Sandal bertumit Seren25 dalam rona putih.
Adakah Daiyan berpunya model atau himpunan tertentu sebagai pilihan utama?
Dari koleksi Lebaran ini, Daiyan memilih sandal bertumit Seren25 dalam rona putih. Selain ia selesa untuk digayakan seharian, sandal ini juga menambah sedikit ketinggian buat Daiyan sekali gus menjadi item mesti miliki dalam melengkapi persalinan Hari Raya Aidilfitri yang simple lagi chic.
Kongsikan tips penggayaan yang sesuai untuk dipadankan bersama persalinan Lebaran ini…
Bagi Daiyan, setiap individu khususnya wanita perlu memiliki sekurang-kurangnya sepasang kasut bertumit dalam warna putih, hitam dan nude. Tidak kira gaya atau ketinggiannya, ketiga-tiga rona ini perlu ada dalam gerobok stail peribadi setiap wanita kerana ia sesuai untuk dipadankan dengan apa jua gaya persalinan yang bakal diolahkan. Keterbiasaannya, seperti hari lebaran dua tahun sebelum pandemik, kita bakal menghadiri rumah terbuka. Untuk tahun ini Daiyan percaya kita bakal meraikanya meriah seperti dahulu dengan mengunjungi rumah sanak saudara. Demikian, saya akan menggayakan sesuatu yang tidak terlalu sukar untuk dipakai. Sesuatu yang boleh anda pakai dengan selesa, dan bila mahu pulang mudah untuk disarungkan kembali berlalu pergi tanpa punya kesulitan.
Pautan Berkenaan: Sambut Syawal Dengan Meriah Bersama Swarovski
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




