Empat Jenama Barang Kemas Yang Menjual Beg! - Glam Malaysia

Empat Jenama Barang Kemas Yang Menjual Beg!

Selalunya jika kita bercakap tentang jenama seperti Chopard dab Cartier pasti topiknya berkaitan berlian. Tetapi sebenarnya, jenama barang kemas di dunia ini adalah lebih daripada itu. Mereka bukan sahaja mempunyai barisan barang kemas atau jam tangan. Malahan ada juga koleksi lifestyle lain seperti silk dan juga aksesori kulit. Kerana ia juga adalah simbol kemewahan! GLAM mahu berkongsi empat jenama yang mempunyai koleksi tas tangan yang wajib anda ketahui sekarang! Empat jenama ini membawa status selari dengan barang kemas berjenama yang sama. Tidak kalah gaya bersama tas tangan ini!

Pertama adalah himpunan tas tangan di Bvlgari. Pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana banyak juga beg di Bvlagri sudah mencapat status it-bag! Apatah lagi, Bvlgari selalu juga menjemput jenama lain berkolaborasi bersama mereka. Ada Alexander Wang dan Ambush yang pernah mereka beg buat Bvlgari. Beg paling ikonik di Bvlgari ternyatalah himpunan Serpenti. Gancu beg berkepala ular itu menjadi perisai fesyen utama mereka. Paling baru adalah beg Serpenti Forever yang mana tali rantainya berlapis-lapis. Begnya pula diperbuat daripada kulit karung

Seterusnya kita jengah pula butik Cartier yang memang selalunya hangat dengan koleksi barang kemas cool mereka. Hampir semua wanita yang pernah saya rakamkan untuk cover GLAM pasti akan menyarungkan gelang tangan Love oleh Cartier. Ada juga yang berwatak cool mempunyai gelang tangan berlapis-lapis daripada koleksi Juste Un Clou. Tetapi, tahukan anda juga yang Cartier ini mempunyai koleksi beg popular? Di bawah koleksi Art og Living, ada himpunan tas tangan. Paling menjadi dambaan adalah himpunan Guirlande de Cartier yang menyerupai kotak barang kemas Cartier. Beg Guilande de Cartier ini diperbuat daripada kulit anak lembu pada lapas facet beg.

Di Choaprd pula mereka cukup menyanjung tinggi kelestarian semula jadi. Baik dalam mendapatkan sumber emas dan berlian penuh beretika. Atau pun koleksi barangan kulit mereka. Chopard cukup bangga dengan koleksi Green Carpet mereka. Ia megah menghiasi ramai selebriti global yang turut menjulang misi kelestarian dalam hal berfesyen. Jika ditanya, GLAM pasti tertawan dengan koleksi beg Happy Heart di Chopard. Ia megah dengan bentuk hati menghiasi permukaan beg. Cukup membawa rasa aman dalam dunia yang kusam sekarang. Lebih baik dengan koleksi beg Green Carpert Happy Heart yang direka oleh Chloe Sevigny.

Singgah pula di Tiffany & Co. yang kaya dengan koleksi cincin pengikat kasih sayang. Pilihan tas tangan di Tiffany & Co. pula bersifat lebih praktikal. Ia adalah untuk kegunaan harian. Ada beg galas, beg envelop dan beg untuk menyimpan telefon bimbit. Hadir dalam rona hitam dan semestinya palet Tiffany Blue yang sama dengan rona kota barang kemas jenama ini.

Pautan Berkenaan: Keindahan Via Condotti Muncul Di Butik Bvlgari

See also
#MFW-Pelampung Couture di Pool Party Moschino