17 Selebriti Paling Menyerlah Di Anugerah Grammy 2024 - Glam Malaysia
17 Selebriti Paling Menyerlah Di Anugerah Grammy 2024

17 Selebriti Paling Menyerlah Di Anugerah Grammy 2024

Dalam banyak-banyak majlis anugerah, Grammy cenderung menampilkan gaya karpet merah paling menyeronokkan.

Ternyata tahun 2024 juga tidak mengecewakan. Permaidani merah Anugerah Grammy ke-66 yang berlangsung di Crypto.com, Los Angeles meriah dengan persalinan glamor dan berkilauan. Daripada gaun jumbai Dua Lipa kepada busana pin Miley Cyrus yang menyerlahkan sebahagian besar kulitnya.

Gaya selebriti lelaki juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing tampil segak dalam persalinan segak yang disuntik dengan eleman segar lagi menyeronokkan.

Lihat stail selebriti terbaik di Anugerah Grammy 2024

Taylor Swift anggun dalam gaun putih Schiaparelli Haute Couture yang dipadankan bersama sarung tangan opera dan sepatu rona hitam.

Miley Cyrus tampil serba emas dalam rekaan Maison Margiela yang dihasilkan daripada 14,000 pin baju.

Olivia Rodrigo menyalurkan tema Old Hollywood glamor dalam gaun putih Versace daripada koleksi Musim Bunga 1995.

fesyen anugerah grammy 2024

Ice Spice mengaburkan garis kasual dan couture dalam jaket denim berperincian bulu dan skirt sedondon daripada Baby Phat.

See also
Tradisi Lokal Jadi Esen Buat Versace

fesyen anugerah grammy 2024

Dua Lipa memukau dalam gaun perak Courrèges yang dipadankan bersama kalung Tiffany & Co. berbentuk ikan koi.

Janelle Monae menyarung gaun sarat labuci Armani Privè dengan perincian ros di pinggang.

fesyen anugerah grammy 2024

Victoria Monet menjayakan trend metalik pada malam Anugerah Grammy 2024 dengan gaun korset rona gangsa rekaan Atelier Versace.

fesyen anugerah grammy 2024

Mariah Carey tampil mempesona dalam gaun sarat manik dengan belah seksi daripada Laura Basci.

Maluma memilih tuksedo santai daripada Dolce & Gabbana yang dipadankan dengan cermin mata hitam dan jam tangan Jacob & Co.

fesyen anugerah grammy 2024

Lenny Kravitz tampil berani dalam kemeja jarang rekaan Rick Owens bersama padanan bolero kulit dan celana hitam Chrome Hearts.

fesyen anugerah grammy 2024

Jon Batiste menampilkan kelainan di karpet merah Anugerah Grammy dengan menyarung skirt-seluar bersama jaket sedondon Versace.

Kemeja bertali leher dan jaket dengan lapel satin John Legend menjadi salah satu persalinan tuksedo yang paling mencuri perhatian malam itu.

Jacob Collier mencerminkan maximalism dalam sut bercorak patchwork yang dipadankan dengan baju turtleneck merah jambu.

See also
Fan Bingbing, Serampang Tiga Mata

fesyen anugerah grammy 2024

Lionel Richie segak dalam sut serba hitam daripada Alexander McQueen yang sarat perincian kristal berbentuk pepatung.

Kingsley Ben-Adir menampilkan gaya segar dalam jaket bomber hijau zaitun dan celana hitam daripada Gucci.

Calvin Harris kelihatan bergaya dalam sut retro rona coklat yang diilhamkan dari tahun 70-an.

Ed Sheeran tampil kasual dalam persalinan cetakan camo abstrak.

fesyen anugerah grammy 2024

 

Foto: Getty Images

Baca: 20 Gaya Karpet Merah Paling Ikonik Dalam Sejarah Grammy