Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara - Page 3 of 5 - Glam Malaysia
gaya anna jobling

Ini Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Bercuti Di Luar Negara

Adakah sekarang ini sedang lagi musim bercuti? Ada yang ke Eropah dan ada juga yang melawat Asia. GLAM  kongsi gaya Anna Jobling dan lagi selebriti lokal bercuti yang menjadi pilihan kami.

Baru-baru ini, GLAM sempat melihat di laman media sosial. GLAM tertarik dengan gaya Anna Jobling, Daiyan Trisha, Siti Saleha ramai lagi yang sedang seronok mengembara ke luar negara. Walaupun kebanyakannya hadir untuk tuntutan kerja, namun mereka ini kelihatan sangat gembira dan sempat menyelit masa untuk menikmati keindahan kota yang mereka lawati.

Sudah tentu sekali persiapan percutian ke luar negara ini haruslah lebih ekstra berbanding bercuti di dalam negara. PIlihan baju yang bersesuaian, kelengkapan diri yang cukup, maklumlah henda berkunjung ke negara orang. Sudah tentu lokasi dan pemandangannya yang indah, struktur bandar dan pembangunan ikonik penuh bersejarah membuatkan kita yang melawat tidak menang tangan hendak merakam gambar.

Bukan itu sahaja, generasi hari ini cukup popular dengan terma OOTD. Tidak lengkap jika percutian tidak seiring dengan gambar OOTD melengkapkan lagi memori percutian indah. GLAM kongsikan beberapa gaya yang menjadi pilihan kami untuk anda jadikan inspirasi kala bercuti!

GLAM Kongsi Gaya Anna Jobling & Selebriti Lokal Kala Bercuti!

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Ameera Khan tampil cukup manis

Manis! Sentiasa berpenampilan manis walau di mana jua dia berada termasuklah kala bercuti di luar negara. Ameera Khan sememangnya ikon fesyen anak muda hari ini. Apa jua yang disarungkan Ameera pasti kelihatan sangat chic dan membuatkan kami terinspirasi bersama. Di dalam foto yang dirakam ini kelihatan Ameera sedang lagi menikmati kota Paris dengan menyarung gaun lekap tubuh rona hitam bersama paduan tas tangan Louis Vuitton Capucines BB. Dia turut menyarung sepatu slingback daripada Louis Vuitton.

selebriti lokal bercuti