Estetika Eyewear by Gucci Ilham Generasi Millenial
Rencana Tajaan GUCCI
Tiap kali penggemar fesyen bersiap untuk ke mana-mana sahaja, pastinya kaca mata hitam menjadi pilihan pelengkap look mereka. Tidak kira sama ada gaya minimal yang dipadankan dengan kaca mata berelemen dramatik atau sebaliknya pula stail yang lebih daring dipadankan eyewear rekaan lebih minimal, paling penting tercipta gaya penuh keseimbangan jitu.
Sudah menjadi kelaziman dalam dunia Gucci dan juga visi Alessandro Michele yang terkenal dengan estetika eksentriknya memberikan tumpuan yang sama kepada koleksi kaca mata mereka seperti mana koleksi pakaian mereka juga.
Selain signatur Gucci dengan gabungan legasi dan kedekatan, Michele juga memastikan setiap pasangan kaca mata disulam sekali elemen gender neutrality, romantisisme, perhiasan eksentrik, dan daya reka yang edgy.
"Dalam visi kreatif Alessandro Michele, sebuah taman yang bukan sahaja dipenuhi flora dan fauna, malah tanda-tanda, simbol, dan archetypes yang memberikan gambaran dunia yang jauh dan menarik."
Ibarat seorang ahli kimia, Michele menggabungkan setiap elemen, sekecil zarah pun, untuk mencipta Gucci yang dikenali hari ini.
Imbasan dan kilauan, bentuk-bentuk abnormal, volume dramatik, dengan sentuhan drama untuk menghasilkan koleksi kaca mata yang bisa membuat statement unggul dan tersendiri.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
Jun 05, 2026
Tahan Peluh & Wangi Lama, Ini Wangain Mewah Untuk Ke Konsert
Jun 05, 2026
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Jun 05, 2026
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026



