fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
The New Roseau
Mia Goth Bangkitkan Semula Fesyen Gothic Melalui 5 ‘Frankenstein Costume’ Ikonik
Sambut Hari Kekasih Bersama Louis Vuitton
Tahniah! Che Puan Juliana Evans Selamat Lahirkan Cahaya Mata Dan Nama Anak Diberi Adalah…
Originals Go Their Own Way
Home > Fesyen > Berita > ‘Semoga Pernikahan Ini Sakinah…’ Anak Najib Razak Selamat Diijabkabulkan Dengan Fitri Aprinasari

‘Semoga Pernikahan Ini Sakinah…’ Anak Najib Razak Selamat Diijabkabulkan Dengan Fitri Aprinasari

Baru-baru ini, anak bekas perdana menteri, Najib Razak, Mohd Nazifuddin Najib dikhabarkan telah melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli politik muda lagi menawan, yang merupakan dari bekas parti pemerintah di Indonesia, Fitri Aprinasari Utami sekitar bulan Mei yang lepas. Dan pada 24 Syawal bersamaan 28 Jun 2019, pasangan ini khabarnya sudah diijabkabulkan. Berita ini disahkan sendiri melalui hantaran di laman Instagram Fitri sendiri. Fitri Aprinasari merupakan seorang ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar yang baru sahaja berumur 25 tahun. Ingin tahu lebih lanjut siapa Fitri Aprinasari, klik sini.

https://www.instagram.com/p/BzTUAPJlCkW/

Walaupun ada laporan terdahulu mengatakan bahawa mereka merancang untuk mengikat tali pernikahan bulan disember nanti, namun siapa yang mampu melawan aturan tuhan yang jodoh mereka diawalkan. Dalam gambar yang dikongsikan keduanya segak dan menawan menyarung persalinan lengkap baju melayu dan kebaya berona putih. Apa-apapun tahniah GLAM ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!

Jom kita lihat gambar-gambar menarik pasangan sama cantik, sama padan ini.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse