Coach x Mint+Serf : Kempen Musim Luruh 2022 - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Coach x Mint+Serf : Kempen Musim Luruh 2022

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Teller membawakan gaya fotografinya yang suka bermain, spontan dan semula jadi untuk merakam pasangan, bandar yang realistik melalui pendekatan ‘casting’ jalanan. Berlatarkan dinding yang menarik dan bergraffiti di NoLita, New York. Dengan berani memperkenalkan semangat bombastik koleksi baharu, kempen ini juga berperanan untuk menghargai detik-detik bermakna bersama rakan-rakan dan orang tersayang.

Sebagai tambahan kepada imej kempen, yang telah dikongsi di saluran media sosial Coach, syarikat itu juga membuka kedai pop-up bersama Mint + Serf di 89 Crosby Street di kawasan kejiranan NoLita New York pada 8 September, yang mana pengunjung boleh membeli-belah sambil mengumpul dan mendekati maklumat tambahan tentang kerjasama, serta bengkel artis dan persembahan DJ secara langsung.

Shopping Coach x Mint + Serf untuk Koleksi Musim Luruh 2022 di sini.

Artikel seterusnya: #NYFW: Kate Spade New York Musim Bunga 2023 -Debut Hasil Rekaan Ketua Pereka Baharu, Tom Mora & Jennifer Lyu