Urban & Sporty, Fokus Utama Pra-Luruh 2022 Louis Vuitton
SOROTAN UTAMA UNTUK KOLEKSI ISTIMEWA INI MELIPUTI DERETAN KARYA DRESS & HELAIAN ATASAN YANG MENGILHAMI ASPEK KESUKANAN. DIINTERPRETASIKAN DENGAN SENTUHAN URBAN. KEMPEN FESYEN PRA-LURUH 2022 DIBINTANGI OLEH PELAKON AUSTRALIA, SAMARA WEAVING.
Koleksi musim pra-luruh 2022 terdiri daripada beragam inspirasi, setiap satu memancarkan sentuhan seni yang tiada tandingan, bernafas urban dan mengungkap faktor kesukanan. Kempen fesyen untuk musim ini menampilkan pelakon Australia, Samara Weaving, berdaya tarik yang sentiasa dinamik menggabungkan nota-nota memikat dan warna-warna dinamik yang menarik, lantas menyerlahkan siluet yang dipertingkatkan.


Saban musim, fesyen mengambil lapangan sukan sebagai inspirasi. Tak terkecuali musim ini, yang mana Louis Vuitton mencitrakan koleksi yang mendapat inspirasi daripada pakaian tenis. Kod pakaian yang elegan dan menyegarkan juga mengolah kembali kreativiti.
Musim ini, Louis Vuitton menampilkan deretan karya yang diinjeksi dengan motif khas yang kaya warna dan tekstur serta menggunakan teknik berkelas pertama termasuk sulaman dan laser printing yang akhirnya berhasil memadukan dunia sukan yang diilustrasikan dengan indah dengan desain kontemporari. Hijau rumput, biru awan dan sienna merupakan palet warna utama, yang terlihat membaluti pada motif Damier atau Monogram.

Beg ikonik Louis Vuitton, merangkumi Speedy hingga OntheGo dan the Loop diperindahkan dengan 100 peratus baldu jacquard yang berpegang pada kelestarian. Hadir dalam nuansa fluorescent, atau pada Coussin dalam balutan kulit yang bersifat lembut.
https://www.youtube.com/watch?v=jVs07KaZxcI
Artikel berkaitan: Wanita Glamor Hiasi Kempen Jimmy Choo
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
