Koleksi Skechers Monster Evo Buat Penggemar Street Style Moden
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioSkechers memperkenalkan koleksi Monster Evo terbaharu yang diinspirasikan street style berani, teknologi inovatif dan sentuhan sporty yang kontemporari, turut menampilkan Duta Global Skechers, Cha Eun-Woo sebagai muka hadapan kempen.
Dalam dunia fesyen yang kian dipacu oleh gaya jalanan, label Skechers sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan melancarkan koleksi Monster Evo terbaharu yang penuh kekinian. Sebagai jenama global yang sinonim dengan keselesaan dan teknologi kasut, Skechers memperkenalkan rangkaian Skechers Sport musim ini dengan pendekatan yang lebih berani, dinamik dan sarat dengan gaya. Koleksi ini direka khas untuk penggemar kasut yang menginginkan keselesaan, berjalan penuh yakin, tampil menonjol serta tidak gentar untuk menyerlahkan gaya tersendiri.

Skechers Monster Evo: Gaya Jalanan Berani, Selesa Tanpa Kompromi.
Sorotan utama koleksi kali ini ialah tiga siluet eksklusif, iaitu koleksi Skechers Monster Evo, Skechers Monster Evo – Calivur untuk lelaki, serta Monster Evo – Bold Move untuk koleksi wanita. Setiap satu hadir dengan tapak chunky berukir tebal yang bukan sahaja menyuntik elemen bold pada penampilan, tetapi turut memberi ketinggian semula jadi kepada pemakainya. Hasilnya, setiap langkah bukan sekadar selesa, tetapi berketerampilan yakin dengan gaya street style yang disuntik bersama.

Bagi lelaki, koleksi Monster Evo hadir dalam rekaan lapisan dinamik pada bahagian atas menggunakan material mesh dan sintetik, lalu disempurnakan dengan kemasan berlapis tajam yang memberi siluet sporty kontemporari. Ditawarkan dalam tiga variasi warna termasuk White Grey, White Silver Multi dan Charcoal Grey, ia menjadi pilihan buat mereka yang mahukan kombinasi gaya dan fungsi. Sementara itu, Monster Evo – Calivur pula mengetengahkan rekaan lebih ringkas dengan panel yang lebih bersih, dihiasi perincian colour blocking dalam rona Black Charcoal dan Charcoal Grey. Ia mencerminkan cita rasa urban minimalis, ideal untuk lelaki moden yang lebih gemar gaya understated tetapi tetap berimpak.

Buat koleksi wanita, Skechers mempersembahkan Monster Evo – Bold Move, satu rekaan penuh tenaga dengan estetika atletik yang feminin. Hadir dalam rona Light Green dan Pink, ia direka sama ada untuk penggunaan kasual mahupun sporty. Struktur ringan bermaterial tekstil bernafas, ditambah dengan perincian overlay moden lantas menjadikan koleksi Bold Move teman sempurna bagi wanita aktif namun tetap tampil stylish. Menambah lagi nilai koleksi ini adalah penggunaan teknologi ‘Skechers Air-Cooled Memory Foam®’ pada semua jenis model kasut yang memastikan pemakainya kekal selesa sepanjang hari. Ia bukan sahaja menyerap tekanan, tetapi juga memberi sensasi sejuk yang cukup sesuai dengan iklim tropika. Gabungan ini membuktikan bahawa Skechers tidak hanya menawarkan rekaan trendy, tetapi juga mementingkan kefungsian dan inovasi.

Skechers turut menampilkan bintang terkenal dari Korea Selatan, Cha Eun-woo, Duta Global Skechers sebagai wajah hadapan kempen. Ia menyerlahkan aspirasi Skechers untuk menjadi kuasa utama fesyen jalanan yang penuh karisma. Dengan siluet exaggerated outsole yang diilhamkan era 90-an namun diinjek dengan teknologi moden, koleksi ini adalah simbol keberanian dan gaya hidup kontemporari. Terokai himpunan koleksi Skechers Monster Evo yang kini boleh didapati di butik terpilih atau secara atas talian bermula 1 September, untuk tambahan koleksi kasut dengan gaya jalanan musim terkini.

Artikel berkaitan: Inovasi Skechers Gowalk Yang Mengagumkan
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
