Chaumet Rai Koleksi Ikonik di Butik Pop-Up Eksklusif ION Orchard, Singapura
GLAM berpeluang terbang ke Singapura untuk merai pelancaran butik pop-up eksklusif Chaumet di ION Orchard bersama selebriti Korea, Song Hye Kyo dan Cha Eun Woo.
Minggu yang lalu, kami dijemput oleh jenama barang kemas mewah, Chaumet, ke Singapura selama dua hari satu malam untuk meraikan pembukaan eksklusif butik pop-up mereka di ION Orchard, Singapura. Kunjungan menjadi lebih bermakna apabila dua selebriti terkemuka korea, Song Hye Kyo juga Cha Eun Woo, turut diterbangkan khas bagi sama-sama meraikan pembukaan pop-up ini.

Pertama kali menjejakkan kaki ke butik pop-up ini, diri terus terasa teruja. Chaumet ini adalah merupakan sebuah jenama barang kemas terkemuka dari Perancis yang sudahpun beroperasi hampir dua setengah abad lamanya. Ditubuhkan pada tahun 1780 oleh Marie-Étienne Nitot, Chaumet ini memiliki kisah yang sangat menarik untuk anda dekati. Sewaktu di pop-up ini, kami diberitahu bahawa jenama ini amat sinonim dengan pembuatan tiara atau juga dikenali sebagai mahkota. Ini kerana jenama Chaumet sendiri amat berkait rapat dengan sejarah Perancis. Rumah fesyen ini pernah menjadi penjual barang kemas rasmi kepada Istana DiRaja dan barang kemas peribadi buat Maharani Josephine.

Setelah itu, namanya diangkat menjadi antara jenama mewah yang menghasilkan tiara, barang kemas dan jam tangan bermutu tinggi dengan suntikan gaya Paris sehingga ke hari ini. Begitu juga dapat dilihat pada butik pop-up ini, apabila setibanya kami di sana, dapat kami saksikan rupa bentuk butik ini direka dalam bentuk tiara, laluan pintu gerbangnya menuju rotunda yang tampil megah dalam rona biru Chaumet yang cukup ikonik. Saat masuk, ruang pertama yang kami terokai adalah ruangan persembahan tiga koleksi cukup sempurna Chaumet iaitu koleksi Liens, Joséphine juga Bee My Love.
Kenali Tiga Koleksi Barang Kemas Ikonik Yang Ada di Butik Pop-Up Chaumet Ini…
1) Koleksi Liens – koleksi yang meraikan ikatan antara dua jiwa melalui tafsiran semula kontemporari yang dimiliki barang kemas sentimental. Koleksi ini diilhamkan oleh motif pautan, sangat simbolik –
menandakan cinta dan hubungan antara dua individu.
2) Koleksi Joséphine – Koleksi Joséphine mengambil inspirasi daripada ‘Muse of the Maison’ Maharani Joséphine ini, ia mengilhamkan ciptaan keanggunan yang telah terserlah selama lebih daripada dua abad. Membuat kemunculan pertama kali di pop-up Singapura ini adalah sebahagian daripada koleksi Joséphine, barang kemas Aigrette yang amat berharga dan ianya terdapat di dalam rose gold, serta tampil dengan potongan berlian yang cukup hebat.
3) Koleksi Bee My Love – mencerminkan tema alam semula jadi yang cukup dekat kepada Chaumet, dan memilih lebah yang juga menjadi lambang empayar Napoléon. Pada tahun ini juga jenama ini telah melancarkan set permata sepadan, iaitu di dalam rona rose gold bersama suntikan berlian kecil bergemerlapan yang bersambung antara satu sama lain. Koleksi ini juga tampil di Singapura buat kali pertama eksklusif hanya di pop-up ini.
Yang Menarik di Butik Pop-Up Chaumet Mesti Anda Kunjungi

Selain daripada itu, selepas anda melewati ruang pameran barang kemas ini, ada terdapat sebuah ruang di mana anda sendiri boleh mendekati prototaip model tiara nikel perak Chaumet yang cukup eksklusif diterbangkan khas daripada arkib jenama ini. Di sini anda boleh menerokai dengan lebih terperinci sejarah pembuatan tiara melalui setiap tiara yang digantung indah di dinding Maillechort Photobooth di ruang pop-up ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendekati tiara kontemporari, Firmament de Minuit Tiara yang diinspirasikan daripada tiara abad ke-19, dengan simbol samawi yang diperhias indah barisan berlian sepenuhnya memberi gambaran seperti bintang-bintang yang terapung di atas kepala.

Setelah selesai mengelilingi butik pop-up, jangan lupa singgah di rotunda kedua yang menempatkan kafe selesa buat anda yang mahukan pengalaman beli-belah yang lebih selesa. Di sini anda boleh menikmati minuman serta pastri Perancis yang diinspirasikan daripada kota Paris sambil membaca buku-buku yang disediakan daripada kafe berkonsep perpustakaan Chaumet ini. Namun, untuk menikmati ruangan kafe ini, anda haruslah mendaftar terlebih dahulu di sini.

Apa tunggu lagi, berkunjunglah ke butik pop-up Chaumet di ION Orchard Singapura bermula 4 sehingga 17 September dan dibuka daripada 10 pagi hingga 10 malam.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
