fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian
Koleksi Selamat Tinggal Untuk Chloé di Paris Fashion Week
Glam Beach Vibes Michael Kors Nada Utama Koleksi Resort 2019
Koleksi Lengkap Chanel SS16
Karpet Merah Di Anugerah BAFTA 2016

15 Gaya Glamor Selebriti Di Karpet Merah ABPBH 35

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 atau ABPBH 35 yang bersiaran buat julung kalinya dari Panggung Sari, Istana Budaya berlangsung meriah dan gilang-gemilang.

Menampilkan Ain Edruce dan Johan sebagai hos, ABPBH 35 mempertandingkan 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra!. Bell Ngasri, pelawak yang telah 37 tahun berkecimpung dalam industri membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik sekali gus dinobat sebagai Bintang Paling Popular 2023. Tidak lupa juga dua anugerah khas yang diberikan kepada Tan Sri Michelle Yeoh dan Yuna atas pencapaian luar biasa mereka di peringkat global.

Selain barisan pemenang, penampilan para selebriti juga turut menjadi perbualan penonton. Tidak kira artis lelaki mahupun wanita, masing-masing kelihatan kacak dan menawan kala melewati karpet merah acara bertemakan Ekspresi Legasi Seni itu.

Glam kongsikan beberapa stail selebriti yang mencuri perhatian pada malam ABPBH 35.

7 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Meerqeen tampil segak dalam sut rona pic dan kemeja jalur yang dipadankan bersama celana Versace. Seperti ramalan peminat, dia berjaya menggondol trofi Aktor TV Popular dan Couple TV Popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus.

7 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse