Tampilan Busana Ariana Grande Di Jelajah Konsert Eternal Sunshine
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioAriana Grande kini kembali! Daripada busana Givenchy hingga ke Vivienne Westwood, GLAM kongsikan himpunan gaya pentas bintang pop ini yang menyerlahkan estetika baharu era Eternal Sunshine.
Selepas enam tahun tidak menjelajah dunia menerusi siri konsert berskala besar, Ariana Grande akhirnya kembali ke pentas dengan Eternal Sunshine Tour yang membuka tirai di Oakland Arena, California. Kepulangan ini menandakan kemunculan semula seorang bintang pop di hadapan ribuan peminat, turut menjadi simbol kepada sebuah era baharu dalam perjalanan seninya. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, Grande memberi tumpuan kepada pelbagai projek sinematik berprofil tinggi termasuk Wicked, Wicked 2 dan Focker-In-Law, sekali gus menjadikan penantian peminat untuk menyaksikannya beraksi secara langsung terasa lebih panjang daripada biasa. Namun, sebaik sahaja lampu pentas menyala dan muzik mula bergema, segala penantian itu terbayar dengan persembahan yang menyatukan nostalgia, emosi dan evolusi artistik dalam satu pengalaman yang memukau.
Dibahagikan kepada lima babak berbeza, Eternal Sunshine Tour memperlihatkan bagaimana Grande mengimbangi katalog muzik lamanya dengan material baharu yang lebih matang dan introspektif. Lagu-lagu daripada album Positions dan Eternal Sunshine menjadi tunjang utama persembahan, sementara kemunculan sulung secara langsung untuk single terbaharunya, “Hate That I Made You Love Me” daripada album Petal, mencipta antara momen paling dinanti malam tersebut. Setiap transisi antara segmen dirancang dengan teliti, menghasilkan naratif visual yang bergerak seiring dengan perkembangan emosional dalam muziknya. Ariana Grande menghadirkan persembahan yang menyerlahkan kemampuannya untuk menggabungkan penceritaan sinematik dengan elemen pop moden yang telah menjadi identiti utamanya sejak lebih sedekad lalu.

Seiring dengan muzik yang menjadi nadi utama persembahan, aspek fesyen turut memainkan peranan penting dalam membentuk identiti visual Eternal Sunshine Tour. Di bawah sentuhan penata gaya tersohor Law Roach, Ariana Grande memperkenalkan siri penampilan eksklusif yang mengimbangi rujukan kepada era-era ikonik terdahulunya dengan pendekatan yang lebih sofistikated dan kontemporari. Beberapa rekaan mengingatkan peminat kepada siluet feminin yang sinonim dengan dirinya sejak awal karier, manakala selebihnya menampilkan interpretasi baharu yang lebih dramatik dan berani. Barisan rumah fesyen terkemuka termasuk Givenchy, Alexander McQueen serta Vivienne Westwood antara yang diperlihatkan, menghasilkan busana khas dalam mencerminkan estetika unik setiap babak persembahan. Ia malah memperkukuhkan kedudukan bintang terkemuka ini sebagai salah seorang figura pop yang sentiasa menjadikan fesyen sebahagian daripada bahasa kreatifnya. Berikut GLAM kongsikan tampilan gaya yang telah diperlihatkan setakat ini sepanjang Eternal Sunshine Tour.
Gaya Pentas Ariana Grande Menerusi Eternal Sunshine Tour
1. Custom Givenchy oleh Sarah Burton

2. Custom Wiederhoeft dipadukan bersama custom kasut but Christian Louboutin dan anting-anting Swarovski
3. Custom Alexander McQueen oleh Seán McGirr

4. Custom Vivienne Westwood

5. Custom Ludovic de Saint Sernin

6.Custom Givenchy oleh Sarah Burton

Artikel berkaitan: Sorotan Fesyen Ariana Grande Di Jelajah Media ‘Wicked: For Good’
Artikel Berkaitan
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Beg Tangan Coach Pilihan GLAM Buat Gaya Musim Panas Anda
Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Oleh Chanel
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.



