Butik Pertama RR By Rizman Ruzaini Kini Di Pavilion KL
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioRizman Ruzaini mencipta lembaran baharu, lancar butik pertama RR by Rizman Ruzaini di Pavilion Kuala Lumpur dengan ruang membeli-belah yang cukup eksklusif sebagai destinasi fesyen tempatan.
Bersempena meraikan 20 dekad berada di dalam dunia fesyen, jenama tanah air ternama Rizman Ruzaini mengorak langkah baharu dengan pembukaan butik RR by Rizman Ruzaini yang pertama. Bertempat di Pavilion Kuala Lumpur aras empat, ia menjadi mercu gaya yang mana menjadi nadi kepada trend dan kemewahan di ibu kota. Butik yang cukup luas ini menandakan fasa baharu buat perjalanan label Rizman Ruzaini yang cukup sinonim dengan siluet anggun, sentuhan budaya serta himpunan rekaan yang mewah lagi eksklusif.

RR By Rizman Ruzaini, Gaya Destinasi Baharu Buat Pencinta Fesyen Tempatan
Berbanding dengan showroom utama mereka di Shangri-La Kuala Lumpur yang dilancarkan awal bulan ini, butik baharu di Pavilion KL ini memberikan akses lebih luas dan mudah kepada koleksi sedia-pakai mereka yang semakin mendapat tempat di hati pencinta fesyen kontemporari. Dibina dengan nuansa butik yang intim tetapi terbuka kepada komuniti, ruang ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih memudahkan namun tetap eksklusif. Ia bukan sekadar ruang jualan, tetapi juga menghidupkan identiti RR yang sentiasa berazam tinggi. Daripada himpunan item busana, aksesori mahupun rangkaian minyak wangi, kesemuanya boleh diterokai di butik ini.

Pelancaran ini turut membawa pelanggan untuk dapat menikmati sneek peek eksklusif koleksi ‘Rebirth: Vol.1 – Gratitude’, koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2025 yang bakal membuat debut rasminya di pentas KL Fashion Week. Koleksi ini menyelami tema renungan, penghargaan dan kelahiran semula, menampilkan potongan-potongan yang menggabungkan nostalgia dan aspirasi moden. Lantas, membawa satu bentuk penghormatan kepada perjalanan 20 tahun mereka di dalam landskap fesyen tempatan.

Dalam pada itu, kerjasama strategik bersama Modinity Group yang merupakan kumpulan gaya hidup yang menaungi deretan jenama berpengaruh dan antaranya seperti Buttonscarves, menandakan komitmen RR untuk menembusi pasaran serantau secara lebih tinggi. Di mana, Malaysia hanyalah permulaan kepada perancangan peluasan mereka di Asia Tenggara. Dengan Pavilion KL sebagai titik tumpu, butik ini bukan hanya destinasi beli-belah, tetapi menjadi a great milestone for Malaysian Fashion dan RR pastinya menyatukan warisan dan visi global di bawah satu bumbung.

Artikel berkaitan: Rizman Ruzaini Menyulam Dua Dekad Legasi Dalam Era Baharu Fesyen
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
