Warna Pelangi Beri Simbol Optimis Pada Hublot - Glam Malaysia
warna pelangi

Warna Pelangi Beri Simbol Optimis Pada Hublot

Benarkan orang, orang bilang jam tangan itu adalah bagaikan satu puisi indah. Bait yang rumit disusun cantik dengan makna mendalam. Seakan sama dengan petukangan jam tangan. Ia cukup rumit untuk dijadikan satu utas yang cukup megah. Cukup dekat dengan seutas jam tangan baru taruhan Hublot ini. Jam tangan Big Bang Unico Full Baguette King Gold Rainbow ini adalah buah hati penuh puitis Hublot. Sekali pandang sudah terpana dengan keindahan tujuh warna pelangi menghiasi setiap inci rekaannya. Kesemua warna pelangi ini bermadu mencipta ilusi dan membawa obor lebih bermakna.

Big Bang Unico Full Baguette King Gold Rainbow

“Ia memerlukan ketelitian, kepakaran dan ketangkasan untuk memperoleh batu permata yang harmoni ini dan mewujudkan ritma sempurna antara emosi dalam teknik pertukangan jam tangan,” Ricardo Guadalupe, Ketua Pengarah Urusan Hublot

Jam tangan ini diperbuat daripada emas mawar dan dihiasi pula bersama 290 butir berlian pelbagai rona. Bahagian bazel jam ini ditatah dengan 112 butir berlian dan permukaan dail pula mewah dengan 48 butir berlian. Lagi 30 butir berlian berona pelangi pula menghiasi tali jam tangan yang menggunakan material kulit buaya.

“TheBig Bang Unico Full Baguette King Gold Rainbow condenses the purity and precision of these incredible professions,” Ricardo Guadalupe

Pautan Berkenaan: Hublot Shine Bright!

See also
Aksesori Pilihan Sosialit: Simone Ng