The Hour Glass mempersembahkan pameran dalam talian yang mendukung seni ketukangan jam tangan nukilan artisan selama 50 tahun.
Sebelum kemunculan struktur produksi jam tangan konvensional sekitar awal abad ke-19, yang berfungsi sebagai pendahulu kepada rumah pembuatan jam tangan moden yang kita kenal hari ini. Pembuatan jam tangan wujud dalam industri kotej yang lebih bersifat tersendiri.
Di mana, para tukang serta artisan jam tangan mengejar profesi juga kejayaan mereka yang berjiwa independen dari dicengkam ketegaran perusahaan industri dan lalu menjadi komersial.
Seni ketukangan yang teknikal ini berpaut erat karya seniman, yang melakarkan catan mereka pada keluli dan emas dan bukannya minyak di atas kanvas. Representasi yang menakjubkan olahan para tukang yang penuh dedikasi serta artistik ini dijulang tinggi.
Sama ada, usaha mereka memangkinkan inovasi mahupun mentransformasi kemajuan horologi atau komitmen di dalam mencapai kesempurnaan.

Hanya sehingga suku terakhir abad ke-20, pembuat jam tangan menumpukan sepenuh kerjaya mereka berlindung dibawah rumah arloji terulung. Langsung, berusaha menghasilkan jam tangan yang luar biasa, komplikasi demi komplikasi. Selain merencana agenda seperti strategi pemasaran, langganan atau menyelenggarakan debut jam tangan buat tatapan para pemuja serta pengumpul.
Kesinambung Memori Arloji
“Tinjauan ini merupakan sebuah projek yang sudah berlangsung selama beberapa tahun dan saya tidak mungkin lebih senang dengan hasilnya. Kami mengumpulkan kira-kira 150 contoh terbaik pembuatan jam tangan artisanal pada kala ini termasuk dua karya agung George Daniels – Space Traveller dan Grand Complication. Sebilangan besar jam tangan ini dipinjam dari koleksi peribadi serta milik para artisan sendiri.”
Michael Tay, Pengarah Urusan Kumpulan The Hour Glass juga kurator pameran.

Matlamat peruncit arloji mewah, The Hour Glass mempersembahkan pameran The Persistence of Memory dalam talian adalah untuk meraikan kesinambungan memori arloji yang indah. Langsung, memperlihatkan pemain utama dalam lapangan arloji pembuatan jam tangan independen.
Disamping, mendokumentasikan perkembangan kronologi masa lalu memotretkan serta mengarkibkan visual jam tangan yang terpenting dalam sejarah arlogi. Pameran The Persistence of Memory bakal menemui publik secara dalam talian pada 11 Mac, jam 8 malam MYT (1 pm CET /7 am EST).
Pautan berkaitan: Top Time Deus Edisi Terhad Breitling
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
